16.8.09

Latihan Ikhlas

Pagi Ahad yang tenang. Lagi 7 minit sebelum mentari tergantung tegak di hamparan langit. Perkasa mencurah sinar memastikan tumbuhan dapat menjalankan fotosintesis. Jua memastikan manusia bangun dari perbaringan yang lama.

Kali ini, ingin berkongsi perihal ikhlas. Jom baca kisah ini!

Berdedai-dedai langkah dua manusia. Terkadang seiringan, terkadang berdedai. Seorang guru dan seorang murid. Si murid membawa karung. Derapan kaki diatur menuju ke pasar.

Berkata si guru. "Isilah karung mu itu dengan batu-batu sehingga penuh sebelum tiba di pasar".

"Baiklah." ujar anak murid. Sami'na waato'na (Kami dengar dan kami patuh) nampaknya anak murid ni. Bagus-bagus.

Sampai di pasar, mereka tidak membeli apa-apa. Anak murid yang kehairanan bertanya, "Wahai guruku, tidakkah kita membeli barang?". "Bukankah karungmu sudah penuh." jawab gurunya.

Teruslah mereka berjalan di pasar tersebut. Keringat mula menitis. "Berat juga batu-batu ini." monolog anak murid.

Kedengaran juga orang-orang berkata, "Wah, kaya sungguh orang ini! Bijak membeli menang memakai. Penuh karungnya." "Nak buat kenduri agaknya," tambah seorang lagi.

Selepas habis meronda pasar, mereka pun menuju ke rumah. Anak murid bertanya, "Batu-batu ini mahu dibuat apa?" "Buang saja batu-batu tersebut." jawab guru.

"Huh? Sia-sialah keringat yang saya titiskan." balas anak murid. "Tidak sia-sia, wahai muridku. Kamu baru belajar tentang ikhlas." jelas guru. "Ikhlas?" ujar si murid kehairanan.

"Ya. Batu-batu tersebut umpama amalan beserta riyak. Orang yang memuji kamu di pasar tadi tidak mengetahui bahawa yang kamu bawa bukanlah barang, tapi batu." jelas guru.

"Amal yang tidak ikhlas ibarat batu-batu tersebut?" tanya si murid.

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji manusia, tetapi disisi Allah, tiada nilai. Yang kamu dapat hanyalah penat." jelas si guru lagi.

Begitulah, moga-moga apabila kita hendak melakukan kebajikan, kita perbetulkan niat hanya kerana Allah, supaya amalan kita tidak sia-sia.

Mengapa dunia yang dikejari? Sedangkan dunia akan ditinggal pergi. Bagaimana pula di akhirat nanti? Tanpa bekal pahala kita yang rugi.

3 comments:

Brilliant Marjan on August 16, 2009 at 4:48 PM said... [Reply to comment]

Salam...
Nice post...
Simple story but have an effort to learn...
^_^

Salahuddin Harith on August 16, 2009 at 5:20 PM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam

ahlan wasahlan marjan...

ruby on September 5, 2009 at 8:19 PM said... [Reply to comment]

salam..nice post tp bg kesan yg amat mendalam..thanks..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template