15.8.09

Diphenhydramine vs Guaifenesin

Untaian puji alhamdulillah buat Tuhan seantero alam. Meskipun diri ini berada di dalam wilayah keterasingan, namun masih merasakan nikmat-nikmat seorang hamba-Nya. Keterasingan kerana diuji dengan demam yang tidak kebah-kebah bersama batuk yang tegar.

Apabila batuk yang tegar ini melanda, ubat batuklah menjadi pilihan untuk "improve the quality of life". Terdapat 2 jenis ubat batuk yang saya gunakan iaitu Benadryl (Diphenhydramine) dan Woods (Guaifenesin). Pasti sinonim dengan kehidupan saudara-saudari bukan?

Benadryl (Diphenhydramine)

Benadryl itu jenamanya. Diphenhydramine ialah ubatnya. Diphenhydramine ialah anti-histamine. Ini bermakna, ubat ini mengurangkan penghasilan histamine yang menyebabkan selsema, mata berair dan sebagainya. Ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan batuk dan menyebabkan kita mengantuk. Makanya, kita akan dapat tidur dengan lena.

Ubat ini tidak sepatutnya diambil pada pagi hari kerana menyebabkan kita mengantuk dan pening-pening lalat. Pada siang harilah, kita mahu memandu, pergi ke kelas, kerja dan sebagainya. Seelok-eloknya, ubat ini diambil dengan segelas air. Dan, selalunya Diphenhydramine mengambil masa selama 30 minit untuk menyebabkan mengantuk.

Oleh kerana kesan mengantuk yang kuat dan mulut kering, saya tidak meminati diphenhydramine. Oleh itu, saya lebih menyukai Guaifenesin atau Glyceryl Guaiacolate. Tapi, diphenhydramine tetap menjadi pujaan pada malam hari. Mendapat tidur yang lena alangkah nikmatnya.

Woods (Guaifenesin)

Woods Peppermint dengan Guaifenesin. Nama jenama lain seperti Robitussin dan Tussin. Pernah ambil bukan? Guaifenesin ini ialah expectorant. Guaifenesin mencairkan kahak, dan berguna untuk kedua-dua jenis batuk yakni batuk berkahak dan batuk tidak berkahak. Batuk tidak berkahak ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada lapisan mukus di saluran pernafasan.

Guaifenesin boleh digunakan sehingga 1minggu. Jika batuk tetap ada selepas seminggu atau batuk bersama demam, seelok-eloknya berjumpalah dengan doktor.

(Namun, jika pergi doktor, saya sudah tahu apa yang doktor akan bagi. 1)PCM (paracetamol) 2) Antibiotik (Amoxicillin @ Erythromycin) 3) Lozenges (Difflam) 4) Benadryl (Diphenhydramine)
5) Multivitamin @ vit C.

Terasa macam lain kali, terus ke farmasi beli benda-benda ni. Tak perlu jumpa doktor. Tapi, disebabkan wabak H1N1 yang menular. Keadaan paru-paru perlu diperiksa. Alhamdulillah, peparu saya clear. No crepitations.

Kesimpulan

Ambillah guaifenesin semasa siang hari untuk mengelakkan rasa mengantuk dan pening-pening. Untuk membantu tidur pada malam hari, ambillah Diphenhydramine.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template