7.5.09

Mewahkah anda?

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dikesalkan. Bagi yang meminati irama nasyid sejak kecil, pasti dapat mendendangkan ayat pembukaan tersebut dengan betul. Cuba kita melangkah ke belakang sejenak, mengingati apa yang berlaku. Apakah ayat pembukaan tadi menyentuh hati kita? Jujur saya katakan, saya amat terkesan dengannya.

Sehingga saat saya menulis karangan ini, hati saya amat berharap untuk menukar handphone saya kepada Nokia Touch Screen, walaupun handphone saya masih sihat walafiat. Tambahan pula, saya tiada teman yang ramai, selalunya sepi itu kawan rapat saya. Makanya, kurang menggunakan telefon bimbit. Namun, hati terus teruja untuk merasai gadjet baru yang canggih.

Terkadang, kita melihat orang berkereta mewah, bermotorsikal baru, mempunyai telefon bimbit mahal dan semua gadjet-gadjet terkini, timbul rasa mahu seperti mereka. Ya, mahu yang teruk membelasah perlu. Sedangkan, ukuran baju di badan sendiri sudah ketat. Lumrah manusia, apabila berkereta mewah itu orangnya kaya. Namun hakikatnya, kereta itu bukanlah milik orang tersebut sehinggalah kesemua harga kereta habis dibayar.

Ukuran kemewahan yang sebegini patut ditepis jauh-jauh. Kemewahan sebenar adalah suatu nisbah antara jumlah simpanan anda, dibahagikan dengan jumlah perbelanjaan anda. Jom kira sama-sama.

Langkah 1: Campurkan kesemua simpanan anda.

Contoh: Tabung Haji (RM5000) + Public Mutual (RM10000) + Baki di Bank Islam (RM5000) =RM20k

Langkah 2: Campurkan kesemua perbelanjaan bulanan

Contoh: Makanan (RM400) + Ansuran Kereta (RM400) + Minyak Kereta (RM200) = RM1000

Langkah 3:

Bahagikan jumlah simpanan dengan perbelanjaan: RM20000/RM1000 = 20 (Sihat)

Penanda Aras Kemewahan

<1 = ICU

1-5 = HDU

6-10 = Normal

10-20 = Sihat

21-50 = Sihat Walafiat

50-96 = Tenang

>96 = Sangat Tenang

>168 = Kebebasan kewangan

p/s: Jadi, anda di mana? Alhamdulillah, saya yang masih bertatih tentang pengurusan kewangan ini, sedang menuju ke Sihat Walafiat. Sama-sama kita menyemarakkan amalan menabung.

8 comments:

Amin Mansor on May 7, 2009 at 3:26 PM said... [Reply to comment]

otak matematik ni.dah byk ak tgk pengiraan kt blog ko solah,hehe....

ak nk ty ni.dah lama nk ty ko psl bende ni.
apa pendpt ko insurance prudent yg Rm150 ++ tu? ok x? compare MAA punya?dua-dua ni package yg ramai org kita amik.

Shahmin Hasan on May 8, 2009 at 10:25 AM said... [Reply to comment]

em tak yah nak mewah sgt pun tak pe.. cukuplah sekadar dapat memudahkan hidup kita.. naik DN pun dah banyak bantu aku.. haha

Anonymous said... [Reply to comment]

tau xpe...
dgor la lagu tu byk2 sket..
jgn nnt naik sem da pkai hset baru sudey...
(tobat la solah dgn gaya hidop ranggi ko ni)
haha
-guess-

Salahuddin Harith on May 9, 2009 at 9:18 AM said... [Reply to comment]

to amin
saya pun jahil jugak tentang bsn prudential dan MMA...secara asasnya, pilihlah insuran yang bersifat Islamik seperti Takaful Ikhlas, Takaful Nasional dan lain2
tak rugi masuk insuran ni sebagai satu perlindungan. namun, banyak pakar yang menasihati kita ambil pakej insuran yang tidak sekali pelaburan..itu menurut Azizi Ali dan Robert Kiyosaki

Salahuddin Harith on May 9, 2009 at 9:18 AM said... [Reply to comment]

to shahmin
memangla, tapi kalo dah tiap2 hari DN masuk bengkel, dah jadi satu bebanan

Salahuddin Harith on May 9, 2009 at 9:20 AM said... [Reply to comment]

to guess
paling kurang saya tak membeli pakaian berjenama dan terkejut bahawa pakaian berjenama tersebut buatan Malaysia...kalau semua pakaian sehelai RM200 ke atas, lihatlah betapa membazirnya anda.

rijalnaif on May 11, 2009 at 11:48 PM said... [Reply to comment]

aku nak quote ayat ni...."selalunya sepi itu kawan rapat saya"..hahha.. apa yang sepi sangat ni solah.sepi2 layan PSP sudeyy..ehehe

Salahuddin Harith on May 12, 2009 at 9:28 AM said... [Reply to comment]

haha, wadi, sepi wadi...cuba isi kekosongan dengan kesibukan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template