Bertemu lagi rakan-rakanku semua. Semalam, diluar perancangan menonton cerita Angels & Demons, cerita yang diluar lingkungan minat. Memula, diturut saja ajakan abang untuk keluar makan, namun, selepas melantak di Manhattan Fish (sedap juga), abang yang kaki wayang ini mengajakku untuk melihat cerita ini. Dalam fikiran, ni mesti cerita berat, boleh ke tahan mata ni tengok tayangan lewat malam. Jadi, menarik juga cerita ini setelah ditonton. Cerita mengisahkan seorang Prof. yang membantu Gereja St. Peter di Vatican City untuk melantik Pope yang baru. Pope ini dibunuh oleh illuminati (satu organisasi yang ditubuhkan oleh para cendekiawan Rome yang mengagungkan sains dan dipinggirkan oleh pihak Gereja Katolik). Dendam lama terhadap pihak gereja telah memaksa Illuminati untuk membunuh 4 cardinals yang bakal dipilih salah seorangnya untuk menjadi Pope yang baru. Akhirnya 3 cardinals dibunuh, manakala hanya 1 cardinal yang berjaya diselamatkan. Cardinal inilah yang dilantik sebagai Pope yang baru.
Cerita ini sarat dengan unsur agama Kristian. Penuh Vatican City itu dengan gereja. Malah, Pope itu diagungkan sangat-sangat sebagai intermediary antara Tuhan dan manusia. Saya tertarik apabila Camelengo (penasihat Pope) berbicara: Agama itu tidak sempurna, kerana manusia itu sendiri tidak sempurna.
Agama Kristian tidak sempurna kerana dicipta oleh manusia sendiri yang terang-terangan penuh dengan ketidaksempurnaan. Agama Islam merupakan agama yang syumul yang datangnya daripada Tuhan yang Esa (Allah s.w.t). Islam merupakan cara hidup yang bukan tertumpu pada masjid sahaja. Dan kerana itulah, Islam mengajar adab-adab di dalam agamanya. Contohnya, kita disunatkan berwuduk supaya tidur kita juga dikira ibadah. Betapa indahnya Islam. Betapa sifat syumuliyyah Islam itu tidak perlu dipersoalkan lagi.
Terkadang hati kita tidak tenteram. Namun, percayalah apabila kita buntu, kita kembali ke asal. Dan, asal kita ialah dekat dengan pencipta yakni Allah s.w.t. Zikir dan solat merupakan cara-cara untuk mengembalikan diri kita ke asal iaitu dekat dengan pencipta.
Jika kita renung, kita rasa tenang apabila mendengar kicauan burung, deruan ombak memukul gigi-gigi pantai, air sungai mengalir dan pelbagai lagi bunyi-bunyi alam. Kesemua bunyi alam ini, ialah zikrullah kepada pencipta Allah s.w.t. Maka, kerana bunyi-bunyi ini kembali kepada pencipta, kita juga tenang pabila mendengarnya. Bukankah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang. Sehingga jumpa lagi, sekian.


2 comments:
\(^^)/ like it
to haziah...dah tangok ke?
Post a Comment