Puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang ar-Rahman dan ar-Rahim. Ar-Rahman kerana memurahkan rezeki memberikan nikmat masa untuk saya berceloteh sebentar di ruang maya. Ar-Rahim kerana mengasihani saya dengan pertolongan yang agung untuk melepasi ujian yang maha hebat. Puji-pujian yang terus terusan untuk Allah s.w.t. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dibunuh atau membunuh. Ini bukan matlamat permainan seperti Counter Strike atau DOTA. Ini tentang masa. Bak kata orang-orang sekarang, too much time to kill. Begitulah keadaan diri saya. Berlibur selama hampir 3 bulan tanpa sebarang latihan industri, community posting atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya menyebabkan diri ini bosan tahap petala ke lapan. Dah bunuh masa tapi banyak lagi masa yang perlu dibunuh. Macam main Naruto Ultimate Ninja pula. Kage Bunshinnya terlampau banyak.
Masa ibarat pedang, jika kamu tidak membunuhnya maka kamu akan dibunuh. Itu dicedok daripada pepatah Arab yang berbunyi,
Air yang bertakung (tidak mengalir) akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu.
Begitulah, malah, Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni juga berpesan agar isilah kekosongan dengan kesibukan. Masa lapang tanpa berbuat apa-apa (statik) akan menyebabkan diri malas, hidup dalam zon selesa dan tidak mahu berusaha memajukan diri.
Oleh kerana itu, saya sentiasa menyibukkan diri sampai kekadang macam jaga tepi kain orang pula. Huhu. Boleh dikatakan setiap hari saya akan bertanya ibu, hari ni ada kerja apa? Mahu ke mana? Supaya diri ini akhirnya, ada kerja. Apabila direnung, ruginya tidak berindustrial posting, tapi bila fikir balik, ada hikmahnya. Tahun hadapan, belum tentu dapat menemani ibu yang keseorangan di kampung. Perancangannya mahu bekerja di
Jika dilihat, kebanyakan orang yang memaafkan kita, belum tentu terus menyayangi kita kembali. Ia mengambil masa dan selalunya bersyarat. Ibu tidak begitu. Ibu tetap menyayangi anak yang menumpang perutnya selama 9 bulan walaupun anak menconteng arang di muka ibu. Maka sama-samalah hargai ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Macam tema yang dilancarkan Astro sempena Hari Ibu, dakaplah ibumu.
Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu ini atau memeliharanya (Hadis sahih riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
p/s: Makanya, terserah kepada diri kita, untuk membunuh masa, atau dibunuh masa...ingatlah to live well or live hell, we choose..


5 comments:
em aku pun dah hampir 3 minggu ni cuti.. masih tak de projek besar lagi ni.. main2 je kuat..
shahmin,
kan dah berjalan ke cameron ari tu?projek sederhana besar la tu ..haha...
mengapa orang bunuh orang,
sungguh jahat orang itu...
ala min, mu tu power, duk rumah pun berbakti ape...power la..macam mana ek?cane2
Solah..ko x buat industrial posting ke? Bukan ko amik ke subjek ni..
to helmi...betul tu helmi, ambil je subjek industry tapi tak buat industrial posting, nak buat macammana, mungkin itu perancangan Allah yang terbaik buat aku
Post a Comment