11.10.10

Konsert Glambert Hanya Menggalakkan Zina


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Amerika Syarikat Adam Lambert. Penyanyi dengan jolokan Glambert ini akan bertandang ke Malaysia pada 14 Oktober dalam siri jelajah konsertnya. Puas dibantah oleh pelbagai pihak, namun konsert itu diteruskan juga.

Alasannya, Glambert sudah memberikan kenyataan bahawa kejadian jijik yang berlaku di atas pentas di Jepun dan konsert jelajahnya yang lain tidak akan berlaku di negara Malaysia ini.

Meskipun begitu, konsert sebegini hanya mengundang padah. Masyarakat Malaysia sudah parah dengan masalah zina di mana-mana. Masalah pembuangan anak buktinya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah di mana kesungguhan pihak kerajaan menyelesaikan masalah zina yang berleluasa sekarang?

Di Terengganu, seorang imam hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, beliau melihat ada bungkusan plastik yang tersangkut di pagar masjid. Seperti kebiasaan, imam tersebut menjangkakan ada orang menyedekahkan pisang kerana amalan itu selalu dilakukan terutamanya pada hari Jumaat.

Selepas solat Subuh, imam tersebut mengajak beberapa orang jemaah masjid untuk duduk bersama menyantap pisang tadi. Apabila dibuka plastik bag tersebut, rupanya ada seorang bayi. Bersamanya ada nota:

"Didiklah anak ini dengan ajaran Islam."

Itu di Terengganu.

Di Temerloh pula, satu konsert dianjurkan. Selepas konsert, kempen anti zina dilakukan. Seramai berbelas-belas pasangan di tangkap di hotel-hotel kerana melakukan zina.

Di sekolah-sekolah, hakikatnya pelajar perempuan kita sudah pandai membawa kondom ke sekolah.

Kesimpulan

Itulah realiti masyarakat sekarang tentang zina. Zina situ sana sini. Buang anak situ sana sini.

Perlu lagikah masyarakat disuntik dengan Konsert Glambert ini. Masyarakat Malaysia semakin parah. Konsert ini sesungguhnya menggalakkan zina.

Jika di konsert Maher Zain pun ramai yang taksub sehingga lupa hakikat akhlak. Bagaimana dengan konsert Glambert.

Ya Allah, usah Engkau turunkan bala kepada seluruh penduduk Malaysia. Berilah hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami.
Continue Reading

29.9.10

Pelaburan Dinar Emas Kelantan

pelaburan dinar emas kelantan
Assalamualaikum w.b.t.

Saya cuba dan terus mencuba untuk mencuri masa bagi menulis seketika. Untuk menulis, formulanya (anda perlu banyak membaca).

Kini saya menulis tentang pelaburan matawang Dinar.

Sejarah

Dinar berasal daripada perkataan Denarius iaitu matawang Romawi. Dirham pula berasal daripada perkataan Drachma iaitu matawang parsi.

Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w, syiling dinar dan dirham ini terus terusan diguna oleh umat Islam sehinggalah Khalifah Malik bin Marwan (zaman Khilafah Umayyah) memerintahkan agar ditempa dinar dan dirham dengan corak baru pada tahun 75 Hijrah.

Dinar dan Dirham di Malaysia

Pada 12 Ogos 2010, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan dinar dan dirham untuk negeri Kelantan.

Dinar dan Dirham ini ditempah khas di Emirates Gold Dubai mengikut piawaian yang ditetapkan oleh World Islamic Mint (WIM).

Harga Dinar dan Dirham

1 Dinar berharga = RM610 manakala 1 Dirham berharga = RM 14

Anda boleh menyemak harga semasa dinar dan dirham di laman web

http://islamicmint.com.my/ dan di http://www.dinarkel.com/

Saiz Dinar emas yang dijual ialah

1/4 Dinar : RM 152.50
1/2 Dinar : RM305
1 Dinar : RM610
2 Dinar : RM1220

1 Dinar bersamaan 4.25 gram dan merupakan syiling emas 22 karat (91.6% emas)

1 Dirham bersamaan 2.975 gram dan merupakan syiling perak tulen (99.9% perak)

Di manakah mahu membeli dinar emas kelantan ini?

Jika anda tinggal di KL atau Selangor, anda boleh mendapatkannya di cawangan ar-Rahnu di:

1) Ar-Rahnu Kajang
2) Ar-Rahnu Rawang
3) Ar-Rahnu Jalan Raja Laut, KL

Jika anda tinggal di Kelantan...beli sahaja di ar-Rahnu yang terdapat di Kelantan

Dimanakah anda mahu menjual dinar emas ini kembali?

Jual sahaja di cawangan ar-Rahnu yang anda beli dinar emas tersebut.

Kesimpulan

Dinar dan Dirham merupakan matawang yang tidak terhakis dek inflasi.

Cuba bayangkan dulu 1 biji karipap berharga RM0.20 tapi sekarang 1 biji karipap berharga RM0.40.

Itu terang lagi bersuluh, wang Ringgit kita dihakis inflasi.

Tapi dengan Dinar dan Dirham berbeza. Jika 1 Dirham boleh membeli 1kilo daging sekarang, 10 tahun nanti dengan 1 Dirham kita akan dapat membeli 1 kilo daging juga.

Bagi yang mahu melabur, silakan. Selamat melabur.
Continue Reading

28.8.10

Tutorial: Mari Membayar Zakat Pendapatan

Salah satu daripada kewajipan umat Islam ialah membayar zakat. Begitu banyak ayat al-Quran yang menekankan peri pentingnya membayar zakat. Pernahkan jumpa ayat, dan dirikanlah solat, dan TUNAIKANLAH ZAKAT. Ia kan?

Kini, saya akan menerangkan apa itu zakat pendapatan dan bagaimana untuk membayarnya.

Apa itu Zakat Pendapatan?

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi, zakat pendapatan ialah zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Pendapatan tersebut merangkumi:

a) Gaji
b) Tunggakan gaji
c) Elaun
d) Lain-lain (royalti, bonus, pendapatan sewa rumah dan lain-lain)

Bagaimana cara untuk mengira zakat pendapatan?

3 cara

a) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun

Contoh: Gaji sebulan RM2000. Setahun RM2000 x 12 = RM 24000. Zakat: RM24000 x 2.5%

b) Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan.

Contoh: Gaji setahun RM24000. Perbelanjaan diri, isteri, anak = RM10000.

Zakat: 2.5% x (24,000-10000)

Untuk kurangkan pening-pening kepala mencongak. Telefon sahaja Pusat Zakat terdekat, mereka akan kirakan melalui telefon. Jika ada masa, anda boleh ke pusat zakat negeri masing-masing.

Islam itu mudah!

c) Membayar zakat setelah mengira tanggungan sebenar.

Contoh: Gaji setahun RM24000. Tolak semua perbelanjaan yang ada. Hutang, sewa rumah, isteri, anak-anak, kereta, pemberian kepada ibu bapa semualah.

Perbelanjaan semua: RM14000.

Zakat: 2.5% x (24000 - 14000)

Sama juga, jika dah mula kena makan panadol untuk mengira, lakukan saranan di atas, iaitu telefon atau berkunjung ke pusat zakat.

Berapakah nisab yang layak dikenakan zakat?

Nisab ini ialah jumlah minimum yang diperlukan zakat. Nilai ini berubah-rubah mengikut harga emas di pasaran.

Sekarang, nilai nisab ialah RM9000. Bermakna, jika pendapatan anda bawah RM9000 setahun, anda tidak perlu mengeluarkan zakat pendapatan.

Apa faedah membayar zakat?

1) Allah s.w.t. Tuhan yang menciptakan kita itu, berfirman dalam Fussilat:6-8

"...Dan celakalah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya. (6)

(iaitu) orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka yang ingkar terhadap kehidupan akhirat. (7)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya. (8).

2) Keberkatan. Biar sedikit wang kita, namun terasa cukup.

3) Tidak perlu membayar cukai LHDN.

Potongan Zakat Daripada Gaji Bulanan

Berapakah zakat yang perlu anda tolak daripada gaji anda?

Sila rujuk Skim Potongan Gaji yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Selangor

Sila klik sini (Skim Potongan Gaji)

Kesimpulan

Mari membayar zakat. Hidup berkat. Selamat dunia akhirat. =)

Continue Reading

25.8.10

Tips: Melepaskan Diri Dari Cukai

logo lhdn
Seorang Pegawai Kerajaan terkejut melihat slip gajinya. Masakan tidak, gaji tunggakan 1 bulan setengah beliau dikenakan cukai hampir RM250. Sepatutnya, cukai pendapatan sebulan hanyalah RM55. Dia berfikir, sudah pasti LHDN tidak akan memulangkan kembali wang tersebut. LHDN hanya akan memberi rebat pada tahun seterusnya.

Bagaimana untuk melepaskan diri daripada dikenakan cukai? Dia pun melayari laman web LHDN dan membuat sedikit kajian.

Dia mendapati

1) Zakat pendapatan itu wajib dibayar. Orang beriman mesti membayarnya.
Jika dia menggunakan skim berkat pusat zakat, iaitu potongan gaji berjadual, dia perlu membayar kira-kira RM68 ringgit sebulan.

Yang menariknya, pembayaran zakat akan mendapat rebat 100%.

Contoh: Cukai LHDN setahun, 12 x RM55 = RM660. Zakat setahun, 12x RM68 = RM816.

Rebat 100% bermaksud, anda tidak perlu membayar sesen pun duit kepada LHDN. Kerana anda telah membayar zakat. Malah, LHDN yang berhutang dengan anda.

Apapun, membayar zakat itu satu kewajipan.

2) Ada beberapa lagi cara untuk mendapatkan perlepasan cukai. Namun, perlepasan dia bukan 100%. Ini bergantung kepada jumlah pendapatan tahunan anda.

Sekiranya, pendapatan tahunan anda (RM35,001-RM50000) peratus perlepasan anda hanyalah 12%. Sila lihat senarai rebat di LHDN (klik sini)

3) Seterusnya, pergi kepada perkara-perkara yang boleh mendapat perlepasan cukai.

i) Insuran Nyawa. Limit setahun RM6,000.

Limit RM6,000 ini termasuk jumlah setahun potongan gaji anda kepada KWSP.

Contoh: Potongan KWSP (8%) itu setahun, RM4800. Insuran sebulan RM100. Setahun RM1200. Maka, jumlahnya RM4800+RM1200 = RM6000.

Jumlah perlepasan cukai. RM6000x12% = RM 720

ii) Pendidikan dan Insuran Medikal. Limit setahun RM 3000.

Jumlah perlepasan cukai. RM3000 x 12% = RM360

iii) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Limit setahun RM3000

Jumlah perlepasan cukai. RM3000 x 12% = RM360

iv) Menyambung Pengajian (e.g. Master dan PHD). Rebat RM5000. 100%

v) Buku (Novel, buku kerja, buku resipi, buku teks, komik, majalah, jurnal).

Maksimum setahun RM1000.

Jumlah perlepasan cukai. RM1000 x 0.12% = RM 120

Jangan lupa simpan resit.

vi) Yuran Perubatan.

Anda boleh mendapatkan perlepasan cukai maksimum RM500 untuk sebarang bayaran perubatan untuk diri anda, pasangan atau anak-anak anda.

Jangan lupa simpan resit.

vii) Peralatan Sukan (raket, bola, peralatan senaman) Limit RM300 setahun.

Jumlah perlepasan RM300 x 0.12 = RM36

vii) Komputer. Maksimum RM3000 untuk tempoh 3 tahun.

Jumlah perlepasan RM3000 x 0.12 = RM360

Kesimpulan

Beza rebat dengan peratus perlepasan.

Rebat itu maksudnya, dia tolak dari jumlah LHDN kenakan cukai ke atas kita setiap tahun.

Contoh: Anda bayar zakat RM55, LHDN juga kenakan cukai RM55 sebulan. RM55- RM 55 = 0. Anda tidak perlu bayar apa-apa kepada LHDN.
Perlepasan cukai ialah, perlepasan cukai yang ditolak daripada jumlah cukai LHDN untuk tahun tersebut.

Contoh: LHDN kenakan RM1000 cukai tahunan. Jumlah perlepasan cukai anda ialah RM300. Anda tetap perlu membayar RM700 kepada LHDN.

Mahu dapat perlepasan cukai sehingga RM1000? Itu anda kena berbelanja lebih iaitu RM8333 untuk tahun tersebut.

Yang terbaik, banyakkanlah membayar zakat. Itu kefarduan untuk kita umat Islam. Sila kunjungi pusat zakat terdekat. Lakukan potongan zakat setiap bulan.

LHDN pun memberikan ruang dan peluang ini kepada kita. Gunakanlah.

Moga-moga kita menjadi orang-orang bertaqwa


Continue Reading

22.8.10

Ramadhan 12: Mari Jadi Ahli Syurga

syurga
Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat.

Saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melangitkan Islam dalam jiwa. Apabila kita rasa dan faham ketinggian Islam, kita tidak akan lagi segan untuk melaksana dan menerap Islam dalam segenap juzuk hidup kita. InsyaAllah.

Matawang Syurga itu Pahala

Hari ni, saya berkongsi firman Allah s.w.t dalam surah az-Zariyat, ayat 15 sehingga 19.

ayat 15: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan mata air.

ayat 15 ini menerangkan kenikmatan dan balasan Allah terhadap orang beriman. Nikmatnya hidup di taman, segar, hijau, damai. Ada mata air. Ada bidadari. Ada mahligai. Ada sungai yang
mengalir. Ada buah-buahan. Cuba bayangkan, semuanya ada.

Itu di akhirat.

Di dunia? Kita sejak dari kecil lagi bercita-cita hendak kerja hebat, gaji besar, rumah besar, isteri cantik dan macam-macam lagi. Kita berlumba-lumba untuk menjadi hebat. Kita sering membandingkan hidup kita di dunia dengan hidup orang lain.

Jika orang lain hidup senang, kita pun nak hidup senang. Berusaha berhutang, berusaha bekerja membayar hutang. Pendek kata, kita nak kehidupan senang di dunia, kita USAHA. Kerana kita nak dapat kehidupan mewah itu, kita perlu WANG.

Di akhirat, wang yang berguna untuk dapat seperti yang Allah sebut dalam ayat 15 surah az-Zariyat itu ialah PAHALA daripada amal-amal soleh.

Bagaimana nak Jadi Ahli Syurga?
Allah tidak tinggalkan hamba-hambaNya tercari-cari di dunia. Allah sediakan petunjuk yakni al-Quran yang menjadi manual kehidupan kepada orang-orang beriman.

Lihat ayat seterusnya surah az-Zariyat (16-19). Inilah tips ahli syurga!

ayat 16: Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat BAIK.

ayat 17: Mereka SEDIKIT TIDUR pada waktu malam

ayat 18: dan pada AKHIR MALAM mereka memohon ampun kepada Allah

ayat 19: Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.

Nah, al-Quran telah menceritakan sifir ahli syurga. Mereka ialah orang-orang yang banyak melakukan dan menebarkan kebaikan. Mereka ialah orang yang bangun malam. Mereka orang yang beristighfar pada waktu sahur. Mereka rajin bersedekah dan meninfaqkan harta mereka pada jalan Allah.

Sama-samalah latih diri untuk menepati ciri-ciri amalan ahli syurga! Moga Allah mudahkan usaha kita ke arah mentaatiNya.
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template