29.9.10

Pelaburan Dinar Emas Kelantan

pelaburan dinar emas kelantan
Assalamualaikum w.b.t.

Saya cuba dan terus mencuba untuk mencuri masa bagi menulis seketika. Untuk menulis, formulanya (anda perlu banyak membaca).

Kini saya menulis tentang pelaburan matawang Dinar.

Sejarah

Dinar berasal daripada perkataan Denarius iaitu matawang Romawi. Dirham pula berasal daripada perkataan Drachma iaitu matawang parsi.

Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w, syiling dinar dan dirham ini terus terusan diguna oleh umat Islam sehinggalah Khalifah Malik bin Marwan (zaman Khilafah Umayyah) memerintahkan agar ditempa dinar dan dirham dengan corak baru pada tahun 75 Hijrah.

Dinar dan Dirham di Malaysia

Pada 12 Ogos 2010, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan dinar dan dirham untuk negeri Kelantan.

Dinar dan Dirham ini ditempah khas di Emirates Gold Dubai mengikut piawaian yang ditetapkan oleh World Islamic Mint (WIM).

Harga Dinar dan Dirham

1 Dinar berharga = RM610 manakala 1 Dirham berharga = RM 14

Anda boleh menyemak harga semasa dinar dan dirham di laman web

http://islamicmint.com.my/ dan di http://www.dinarkel.com/

Saiz Dinar emas yang dijual ialah

1/4 Dinar : RM 152.50
1/2 Dinar : RM305
1 Dinar : RM610
2 Dinar : RM1220

1 Dinar bersamaan 4.25 gram dan merupakan syiling emas 22 karat (91.6% emas)

1 Dirham bersamaan 2.975 gram dan merupakan syiling perak tulen (99.9% perak)

Di manakah mahu membeli dinar emas kelantan ini?

Jika anda tinggal di KL atau Selangor, anda boleh mendapatkannya di cawangan ar-Rahnu di:

1) Ar-Rahnu Kajang
2) Ar-Rahnu Rawang
3) Ar-Rahnu Jalan Raja Laut, KL

Jika anda tinggal di Kelantan...beli sahaja di ar-Rahnu yang terdapat di Kelantan

Dimanakah anda mahu menjual dinar emas ini kembali?

Jual sahaja di cawangan ar-Rahnu yang anda beli dinar emas tersebut.

Kesimpulan

Dinar dan Dirham merupakan matawang yang tidak terhakis dek inflasi.

Cuba bayangkan dulu 1 biji karipap berharga RM0.20 tapi sekarang 1 biji karipap berharga RM0.40.

Itu terang lagi bersuluh, wang Ringgit kita dihakis inflasi.

Tapi dengan Dinar dan Dirham berbeza. Jika 1 Dirham boleh membeli 1kilo daging sekarang, 10 tahun nanti dengan 1 Dirham kita akan dapat membeli 1 kilo daging juga.

Bagi yang mahu melabur, silakan. Selamat melabur.

12 comments:

Unknown on September 30, 2010 at 12:21 PM said... [Reply to comment]

terima kasih atas perkongsian..

saya nak kena baca banyak lagi nih..tetiba berminat pasal dinar dirham ni..

sedikit 'sick of inflation'~

musafir kehidupan on September 30, 2010 at 9:35 PM said... [Reply to comment]

Salam. tapi hairan dengan kerajaan yang masih juga ingin menggunakan duit kertas...Pelik, tapi itulah realiti akhir zaman ini...

hananhm on October 2, 2010 at 1:50 AM said... [Reply to comment]

solah..adakh bermaksud, 10 tahun akan datang pon 1 dinar akan tetap berharga RM610?

HaDi on October 2, 2010 at 7:48 AM said... [Reply to comment]

solah,,,mintak share ye artikel ni...ak nk promote kwn2 di facebook...hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

@Anea_hayati ?

1dinar xkan harga rm610 lg bkn utk 10 tahun akan dtg tp mungkin utk bln depan jer dah naik..nak turun tu payah skit la..bln lepas pun rasanya harga 5 ratus lebih je.-abe long.

hananhm on October 3, 2010 at 11:43 AM said... [Reply to comment]

ohh..kirenya nilai die xkan kurang tapi akn naik la ye..thnaks for the info abe long..

nazirulhazwan~ on October 4, 2010 at 2:37 PM said... [Reply to comment]

encik solah,
dinar kelantan xde kat KL
ade kat kelantan aje. aneep da try cari da kt ar rahnu raja laut

nak dinar kat KL just public dinar y ade

Salahuddin Harith on October 4, 2010 at 6:28 PM said... [Reply to comment]

@HaDisila hadi...tapi salah info sikit nampaknya...di atas tu..

macam yang aneep cakap, ada public dinar je..takde dinar emas kelantan..

kakak aku dah beli dinar emas kelantan tu..tapi tak tau daripada mana...

Salahuddin Harith on October 4, 2010 at 6:35 PM said... [Reply to comment]

@kobEj0rdan~naz, thanks for the info...

ni dah masuk geng aneep n hadi melabur dalam public dinar jugak ke?

huhu, aku ada lihat dengan mata n kepala aku sendiri dinar emas kelantan..sebab kakak aku beli dah..tapi belum selidik kat mana n kat siapa dia beli.

Salahuddin Harith on October 4, 2010 at 6:36 PM said... [Reply to comment]

terima kasih abe long aka sifoo...anea nok keno berguru dgn abe long tu..dio meme power tahap phd jah bab2 dinar ni

apepun, kita kena rajin membaca kat forum macam kat jutawan emas dan sebagainya...

terima kasih lawat sini anea

Hanna Wardrobe & Enterprise on October 20, 2010 at 12:22 AM said... [Reply to comment]

Sedikit pendapat, Kenapa kerajaan negara hari ini tak mahu bertukar kepada dinar dan dirham?? Kerana almost all countries in the world facing deficit in account(except countries yg byk hasil bumi spt minyak mentah) termasuklah US. Kalau mereka bertukar kepada Dinar & Dirham, meaning that diorang kene bayar kpd World Bank dlm bentuk dinar & dirham. Rasenye larat ke diorang byr dgn emas ini?? Jawabnye TIDAK. Sbb tak berbaloi untuk bayar hutang yang sebenarnye takde nilai(hutang dlm bentuk angka di akaun bank) dgn sesuatu yang bernilai(emas) ini.. Jadi jawapan utk masalah deficit ini mudah, tak perlu tukar sistem ekonomi, just kalo deficit negara meningkat, kita restructur balik hutang kita dgn world bank balik supaya NAMPAK macam tak banyak deficit.. =) Bak kata para ekonomis, "It is better that the economy stay like this rather than the economy collapse thoroughly!!!"

Anonymous said... [Reply to comment]

Just popping in to say nice site.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template