28.8.10

Tutorial: Mari Membayar Zakat Pendapatan

Salah satu daripada kewajipan umat Islam ialah membayar zakat. Begitu banyak ayat al-Quran yang menekankan peri pentingnya membayar zakat. Pernahkan jumpa ayat, dan dirikanlah solat, dan TUNAIKANLAH ZAKAT. Ia kan?

Kini, saya akan menerangkan apa itu zakat pendapatan dan bagaimana untuk membayarnya.

Apa itu Zakat Pendapatan?

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi, zakat pendapatan ialah zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Pendapatan tersebut merangkumi:

a) Gaji
b) Tunggakan gaji
c) Elaun
d) Lain-lain (royalti, bonus, pendapatan sewa rumah dan lain-lain)

Bagaimana cara untuk mengira zakat pendapatan?

3 cara

a) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun

Contoh: Gaji sebulan RM2000. Setahun RM2000 x 12 = RM 24000. Zakat: RM24000 x 2.5%

b) Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan.

Contoh: Gaji setahun RM24000. Perbelanjaan diri, isteri, anak = RM10000.

Zakat: 2.5% x (24,000-10000)

Untuk kurangkan pening-pening kepala mencongak. Telefon sahaja Pusat Zakat terdekat, mereka akan kirakan melalui telefon. Jika ada masa, anda boleh ke pusat zakat negeri masing-masing.

Islam itu mudah!

c) Membayar zakat setelah mengira tanggungan sebenar.

Contoh: Gaji setahun RM24000. Tolak semua perbelanjaan yang ada. Hutang, sewa rumah, isteri, anak-anak, kereta, pemberian kepada ibu bapa semualah.

Perbelanjaan semua: RM14000.

Zakat: 2.5% x (24000 - 14000)

Sama juga, jika dah mula kena makan panadol untuk mengira, lakukan saranan di atas, iaitu telefon atau berkunjung ke pusat zakat.

Berapakah nisab yang layak dikenakan zakat?

Nisab ini ialah jumlah minimum yang diperlukan zakat. Nilai ini berubah-rubah mengikut harga emas di pasaran.

Sekarang, nilai nisab ialah RM9000. Bermakna, jika pendapatan anda bawah RM9000 setahun, anda tidak perlu mengeluarkan zakat pendapatan.

Apa faedah membayar zakat?

1) Allah s.w.t. Tuhan yang menciptakan kita itu, berfirman dalam Fussilat:6-8

"...Dan celakalah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya. (6)

(iaitu) orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka yang ingkar terhadap kehidupan akhirat. (7)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya. (8).

2) Keberkatan. Biar sedikit wang kita, namun terasa cukup.

3) Tidak perlu membayar cukai LHDN.

Potongan Zakat Daripada Gaji Bulanan

Berapakah zakat yang perlu anda tolak daripada gaji anda?

Sila rujuk Skim Potongan Gaji yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Selangor

Sila klik sini (Skim Potongan Gaji)

Kesimpulan

Mari membayar zakat. Hidup berkat. Selamat dunia akhirat. =)

7 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Inilah solah yg aku kenal dari dulu.. Sentiasa bijak & intelek.. He3..

Salahuddin Harith on August 28, 2010 at 3:31 PM said... [Reply to comment]

@Anonymoustakdelah anonymous...anda kenal saya, masih jahil banyak perkara..terima kasih ziarah kat sini. biar jasad kita jauh, tapi kita sujud ke arah Tuhan yang sama =)

ainnanour on August 29, 2010 at 12:00 PM said... [Reply to comment]

jzkk.info yang sangat bermanfaat.lepas ni bulih ajo cara nak bermudharabah pula.

Salahuddin Harith on August 29, 2010 at 10:41 PM said... [Reply to comment]

@ainnanourafwan, mudharabah tu...tajuk berat yang saya sikit-sikit je tahu..sama-samalah kongsi pendapat dan ilmu..

Anonymous said... [Reply to comment]

slm, sy nak tahu ada kah nisab pndptn ini dikira mengikut mas atau mngikut hasil pertnian?

Salahuddin Harith on January 2, 2011 at 7:43 AM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam, nisab zakat wang pendapatan ni dikira mengikut harga 85gram emas paling tinggi dalam setahun.

Unknown on December 12, 2012 at 10:09 PM said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Mohon saudara berikan sumber rujukan contohnya seperti kitab dsb yang ada jelas menyatakan tentang penerangan saudara di atas tentang zakat pendapatan?

mohon maaf jika saya salah, tapi saya ada merujuk kitab matlaulbadrin dan juga ada bertanya dengan beberapa pihak yang saya yakin dengan ilmu agamanya tentang zakat pendapatan ini.

dalam kitab itu, pada bhgn jenis2 zakat langsung tidak menyatakan tentang zakat pendapatan.yang ada ialah zakat emas perak, biji-bijian, rikaz, ternakan,tanaman dan mata benda perniagaan. tiada pula disebut zakat pendapatan.

menurut pihak yang saya tanya pula (salah seorangnya ialah pegawai di jabatan agama), dinyatakan bahawa istilah zakat pendapatan itu sepatutnya tidak ada, kerana jika difahamkan situasinya, ianya lebih kepada zakat wang simpanan yang wajib dikeluarkan jika sudah cukup nisab dan haulnya.

contohnya begini:
pada tahun 2012, dinyatakan bahawa wang simpanan yang diwajibkan zakat ialah rm 14600 (di johor)

katakan seseorang yang mempunyai lebihan gaji sebanyak rm 14 600 pada bulan januari 2012. jumlah sebanyak itu tidak dibelanjakan langsung sehinggalah bulan januari 2013. yang saya difahamkan, situasi begini yang baru kena zakat kerana sudah cukup nisab (rm 14600) dan cukup haulnya (setahun).

tetapi katalah pada bulan jun 2012, beliau menggunakan rm 10000 daripada rm 14600 td, katalah nak buat downpayment beli kereta baru, maka jumlah duet td sudah kurang kan? menjadi rm 4600..ini tidak wajib zakat kerana tidak menepati syarat iaitu cukup nisab dan haulnya.

inilah yang saya faham.mohon maaf jika salah harap diperbetul..sekian

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template