11.10.10

Konsert Glambert Hanya Menggalakkan Zina


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Amerika Syarikat Adam Lambert. Penyanyi dengan jolokan Glambert ini akan bertandang ke Malaysia pada 14 Oktober dalam siri jelajah konsertnya. Puas dibantah oleh pelbagai pihak, namun konsert itu diteruskan juga.

Alasannya, Glambert sudah memberikan kenyataan bahawa kejadian jijik yang berlaku di atas pentas di Jepun dan konsert jelajahnya yang lain tidak akan berlaku di negara Malaysia ini.

Meskipun begitu, konsert sebegini hanya mengundang padah. Masyarakat Malaysia sudah parah dengan masalah zina di mana-mana. Masalah pembuangan anak buktinya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah di mana kesungguhan pihak kerajaan menyelesaikan masalah zina yang berleluasa sekarang?

Di Terengganu, seorang imam hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, beliau melihat ada bungkusan plastik yang tersangkut di pagar masjid. Seperti kebiasaan, imam tersebut menjangkakan ada orang menyedekahkan pisang kerana amalan itu selalu dilakukan terutamanya pada hari Jumaat.

Selepas solat Subuh, imam tersebut mengajak beberapa orang jemaah masjid untuk duduk bersama menyantap pisang tadi. Apabila dibuka plastik bag tersebut, rupanya ada seorang bayi. Bersamanya ada nota:

"Didiklah anak ini dengan ajaran Islam."

Itu di Terengganu.

Di Temerloh pula, satu konsert dianjurkan. Selepas konsert, kempen anti zina dilakukan. Seramai berbelas-belas pasangan di tangkap di hotel-hotel kerana melakukan zina.

Di sekolah-sekolah, hakikatnya pelajar perempuan kita sudah pandai membawa kondom ke sekolah.

Kesimpulan

Itulah realiti masyarakat sekarang tentang zina. Zina situ sana sini. Buang anak situ sana sini.

Perlu lagikah masyarakat disuntik dengan Konsert Glambert ini. Masyarakat Malaysia semakin parah. Konsert ini sesungguhnya menggalakkan zina.

Jika di konsert Maher Zain pun ramai yang taksub sehingga lupa hakikat akhlak. Bagaimana dengan konsert Glambert.

Ya Allah, usah Engkau turunkan bala kepada seluruh penduduk Malaysia. Berilah hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami.

4 comments:

Hanna Wardrobe & Enterprise on October 20, 2010 at 12:26 AM said... [Reply to comment]

Saye sokong pendapat Solah!!

mohdrusli on November 5, 2010 at 6:12 AM said... [Reply to comment]

Semua pencinta Islam mesti bangun buat amar ma'ruf nahi munkar.

suhaila on November 25, 2010 at 5:06 PM said... [Reply to comment]

ayuh berjuang membina negara islam!!hukum islam harus di tegakkan!!

Anonymous said... [Reply to comment]

hm.. btul tu, kbykn mnusia skang ni lupa Allah dan kalimh tauhidnya. pasal 2 jd cm2. dsbbkn godaan setan smpai tahap ketua jeneral da hngga blaku sdemkian!.. masyaAllah!!.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template