25.2.09

Takyahla Tengking..Rileks Sudah



Baru sahaja melengkapkan jadual perlawanan bola tampar semalam. Saya, El-izz (nak pronounced Eliza pun boleh saja), Zull, Piran, Latpi, Wadi (the main players)...Hadi, Adi dan Ezzad (pemain pembantu) mewakili batch kami (the fifth batch) untuk berentap dengan batch-batch lain dalam pertandingan Inter-batch Volleyball.

Hanya johan yang mendapat medal. Manakala yang lain dapat mengeratkan silaturrahim. Keputusannya, kami mendapat tempat ke-2 selepas kalah dengan 4th year dan menang dengan another 2 batches. Menang bukan kerana bakat besar yang kami ada, tapi kerana semangat berpasukan dan kerjasama sesama kami. Apa yang penting? Kerjasama.

Puas juga dapat menang walaupun hadir dengan status underdog. Hanya El-izz yang berkaliber yang lain-lain tu melengkapkan ahli kumpulan sahaja. Memang kemenangan yang diidam-idamkan setiap kumpulan. Namun, tidak perlu sampai meninggikan suara antara satu pasukan. Biasalah, berebut-rebut mengambil bola yang satu. Tak perlu sampai menjerit let go selepas tidak berjaya mengambil bola. Hakikatnya, semasa bermain setuju atau tidak, kita tak dengar sangat jeritan orang-orang di sekeliling kita. Sebab tu 'team chemistry' penting. Nasib baik orang yang ditujukan jeritan kurang menyenangkan tu mendamaikan suasana dengan berkata bagus ****** selepas ****** berjaya mengambil bola dengan baik.

Saya melihat benda ni akan berhenti setakat itu, namun, perkara yang sama berlaku untuk kali kedua tapi dari mulut pemain lain, dalam team yang sama. Hmmm. Datanglah seorang pemain team tu yang agak lambat, biasalah, budak-budak lelaki selalu memerli-merli...Tapi tengkingan diam daripada mulut seorang tu meranapkan segala perlian-perlian tersebut. Menarik memang menarik. Fikir-fikir balik nak husnuzon, mungkin nak kembalikan fokus kumpulan terhadap permainan, namun, perkataan lain boleh dipilih. Bahasa Melayu kaya dengan kosa kata saya rasa. Hmmm, entahlah, apapun adat permainan memang ada yang menang, ada yang kalah,tak pulak menang jadi arang yang kalah jadi abu, so, takyahla tengking-tengking, rileks sudah.


7 comments:

rijalnaif on February 25, 2009 at 3:58 PM said... [Reply to comment]

oohhh...tajam sungguh pemerhatianmu..tapi aku pun tak perasan. Yang pasti, batch kita,main rilek2 sudey..huhu

hananhm on February 25, 2009 at 4:34 PM said... [Reply to comment]

btul..btul..btul..
kitOrg taksub tgk ke sempoi an bro batch kitorg main..

wlaupon tnpa professional skill but we did maintain with professional ethic dlm bermain n hasilnye..
kejayaan di genggam..

tahniah sume..:)

Anonymous said... [Reply to comment]

pada awalnya ckp main suka2, last2, main bkn main serius smua..medal interbatch je pon..apa la yang nak direbutkan sgt..have fun sesama rakan2 sudey..

Salahuddin Harith on February 25, 2009 at 7:18 PM said... [Reply to comment]

itulah pasal..yang penting seronok dapat tengok bakat-bakat baru dalam volleyball ni...ada yang naturally, main apa pun boleh aja walaupun first time. huhu tetiba observant pulak

Anonymous said... [Reply to comment]

aslmkum sahabat....
wah,lame tak dengar khabar ek? update blog frenster je b4 dis taula,xtau plak ada blogspot ek? hehe...bile abis blaja ni?

Salahuddin Harith on February 28, 2009 at 4:54 PM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam wbt.blog yang friendster dah berkubur...perjuangan diteruskan di blogspot..iAllah bulan 4, 2010

Anonymous said... [Reply to comment]

aku main x sampai dua saat..huhu..x wat cmne..main bodo gle..terima jele..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template