Bertentang dua pasang mata di khalayak ramai. Suasana hingar-bingar dengan tawaran-tawaran istimewa para peniaga petang Jumaat itu. Namun, kedua-dua kawan tersebut punya dunia yang tersendiri. Membuat halangan untuk bicara ditutur. J: Ala, joinla Solah, A nak balik malam Ahad, kau tumpanglah dia. Bahasa sepi melatari sejenak memberi masa untuk memproses maklumat. S: Baiklah.
Begitulah permulaan langkah-langkah kaki berbekas di pasiran pantai Duta Village untuk Induction Course IPhA. Bernaung di bawah Biro Akademik dan Profesional, penulis cuba untuk memberikan yang terbaik. Hasilnya, program tersebut menjadi suatu yang penuh dengan memori bahagia.
Apa yang tak bahagianya, berkursus di tepi pantai dengan puputan bayu laut yang menyegarkan. Ditambah pula dengan desiran ombak menghempas gigi pantai. Ah, asyiknya. Ah, Subhanallah. Program kali ini ialah kali ke-2 dilaksanakan di luar universiti. Ramai juga yang menjadi peserta terutamanya adik-adik tahun 1. Seronok dapat lihat 'energy level' adik-adik ni tak putus-putus terutamanya masa Treasure Hunt. Kita yang dah menebal lemak ni, punyalah berat nak berlari atas pasir. Namun, atas semangat berpasukan kuteruskan berlari. Walaupun bermula agak lembap, kami berjaya mendapat tempat ke-2 dalam treasure hunt. Biar berputih tulang jangan berputih mata!
Seronok juga dapat menaikkan martabat pantun. Pantun jarang menjadi persembahan dalam 'function-function'. Makanya, saya mengambil inisiatif untuk mengetengahkan pantun untuk persembahan kumpulan bertemakan IPhA. Tersipu-sipu Bro. Syahrir menjawab pantun-pantun jualan adik-adik manis bertiga. Huhu. Kata dinda manis: kekanda asyik menjeling-jeling ke arah dinda berdua, jangan begitu, kita berpantun ya? Seluruh dewan gamat dengan ketawa dan hakim juga terhibur. Hasilnya, kami mendapat tempat ke-2 untuk persembahan. Hebat juga biro Akademik dan Profesional. Ingat tempat berkumpul mamat-mamat dan minah-minah skema saja.
Keseluruhan, biro kami mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan buat Mainboard kerana menganjurkan program yang berjaya ini walaupun hanya 5 orang committee. Diharapkan, Induction seterusnya, dapat dibuat di luar dan dibuat seawal mungkin selepas Annual General Meeting. Two thumbs up for all!

5 comments:
Apa yg bahagianya...ada adik2 manis ke? Hehe2 gurau je...
Terima kasih bykla sifu...
Byk ajaran pantun....
Sekarang hamba nak beri se..
Kajang pak malau kajang melipat
Kajang hamba menumpang lalu;
Minggu lepas nak balik pun tak sempat,
Ada induction course, pegi dulu.
Hehe nak balik kajang (bangi) dah mgu ni...
nak balas pantun malas la pulak..kira anak murid ngalahkan tuk guru la ni...kalau dalam mandarin bukan sifoo tapi shi fu..nak balik jugak la...satu bas jela..
bagus la tu. pergi jugak budak ni ke induction course... tak pergi tak tau jack. kalo dah pergi baru tau..haha
- shahmin
solah gi induction sbb sunyi duk umah xde geng...kuikuikui.. xpelah, biar lipolysis tu increase. Bleh Ke?haha... ayat yang kekanda asyik menjeling2 tu mcm penah dengar je solah woi? jangan kata ko yang create pulak..haha
nway syahrir, aku bukan sifu pantun tapi ada lah pengetahuan sikit. KAJANG PAK MALAU tak melipat, tau? tapi BERLIPAT.. huhu
jadi, yang betulnya,
KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT,
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU...
tapi mungkin kau cuba buat pantun sendiri.. good try and nice effort!
haha wadi..lipogenesis menang besar nampaknya...saja nak teruskan legasi si cantik manis ber3 tu...lagi pun, hang dah canang satu malaya trademark pantun tu
Post a Comment