
Salah satu daripada kewajipan umat Islam ialah membayar zakat. Begitu banyak ayat al-Quran yang menekankan peri pentingnya membayar zakat. Pernahkan jumpa ayat, dan dirikanlah solat, dan TUNAIKANLAH ZAKAT. Ia kan?Kini, saya akan menerangkan apa itu zakat pendapatan dan bagaimana untuk membayarnya.
Apa itu Zakat Pendapatan?
Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi, zakat pendapatan ialah zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.
Pendapatan tersebut merangkumi:
a) Gaji
b) Tunggakan gaji
c) Elaun
d) Lain-lain (royalti, bonus, pendapatan sewa rumah dan lain-lain)
Bagaimana cara untuk mengira zakat pendapatan?
3 cara
a) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun
Contoh: Gaji sebulan RM2000. Setahun RM2000 x 12 = RM 24000. Zakat: RM24000 x 2.5%
b) Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan.
Contoh: Gaji setahun RM24000. Perbelanjaan diri, isteri, anak = RM10000.
Zakat: 2.5% x (24,000-10000)
Untuk kurangkan pening-pening kepala mencongak. Telefon sahaja Pusat Zakat terdekat, mereka akan kirakan melalui telefon. Jika ada masa, anda boleh ke pusat zakat negeri masing-masing.
Islam itu mudah!
c) Membayar zakat setelah mengira tanggungan sebenar.
Contoh: Gaji setahun RM24000. Tolak semua perbelanjaan yang ada. Hutang, sewa rumah, isteri, anak-anak, kereta, pemberian kepada ibu bapa semualah.
Perbelanjaan semua: RM14000.
Zakat: 2.5% x (24000 - 14000)
Sama juga, jika dah mula kena makan panadol untuk mengira, lakukan saranan di atas, iaitu telefon atau berkunjung ke pusat zakat.
Berapakah nisab yang layak dikenakan zakat?
Nisab ini ialah jumlah minimum yang diperlukan zakat. Nilai ini berubah-rubah mengikut harga emas di pasaran.
Sekarang, nilai nisab ialah RM9000. Bermakna, jika pendapatan anda bawah RM9000 setahun, anda tidak perlu mengeluarkan zakat pendapatan.
Apa faedah membayar zakat?
1) Allah s.w.t. Tuhan yang menciptakan kita itu, berfirman dalam Fussilat:6-8
"...Dan celakalah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya. (6)
(iaitu) orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka yang ingkar terhadap kehidupan akhirat. (7)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya. (8).
2) Keberkatan. Biar sedikit wang kita, namun terasa cukup.
3) Tidak perlu membayar cukai LHDN.
Potongan Zakat Daripada Gaji Bulanan
Berapakah zakat yang perlu anda tolak daripada gaji anda?
Sila rujuk Skim Potongan Gaji yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Selangor
Sila klik sini (Skim Potongan Gaji)
Kesimpulan
Mari membayar zakat. Hidup berkat. Selamat dunia akhirat. =)






