27.9.09

Bodoh betul!


Alhamdulillah puji kepada Allah, Tuhan yang yang penuh dengan sifat kesempurnaannya. Tiada berkurang dan tiada bertambah. Selawat dan salam buat junjungan agung Muhammad s.a.w, insan mulia yang meninggalkan legasi. Legasinya, mencapah ke seluruh pelusuk dunia, menjadi penyebab umat manusia berpegang teguh pada risalah tauhid.

Manusia dikurniakan dengan nikmat yang pelbagai. Salah satu nikmatnya ialah nikmat kebijaksanaan. UPSR, PMR, SPM dan apa sahaja peperiksaan yang dihadapi pasti barisan A beratur cantik di atas result slip.

Namun, saya mengamati ada di kalangan kita yang mendabik dada, berbangga dengan ilmu yang ada. Apabila disuruh menerangkan perkara yang kita kurang arif, tidak pula ingin berkongsi. Malah, menghiris perasaan kita.

Pandai sangatkah kita sehingga tidak mahu berkongsi ilmu dengan orang lain? Tinggikah ilmu kita sehingga alpa ilmu kita terlampau sedikit untuk dibandingkan dengan ilmu Allah s.w.t. ?

Seolah-olah kebijaksanaan itu tidak mampu membawa kesedaran untuk terus rengkuh pada Ilahi. Akhirnya, dunia berjaya ditatang, akhirat berciciran begitu saja.

p/s: Sahabat, kerdilnya kita dibandingkan dengan Allah s.w.t. Kita di alam semesta luas milik Allah ini ibarat zarah.

Alangkah baiknya jika kita sama-sama membantu rakan-rakan yang kurang faham dalam pelajaran.

InsyaAllah, Allah akan tambah pemahaman dan ilmu kita pula.


Sahabat, La Tamsyifil Ardhi Maroha.


Continue Reading

23.9.09

Istikharah, sayang...Istikharah


"Kenapa muka macam ada masalah ummah saja?" sapa Talhah sambil melabuhkan punggungnya di katilku.

"Pi main jauh-jauhlah, sibuk." aku mencemikkan muka, sengaja tidak melayan rakan sebilikku itu.

"Uih, orang nak buat baik ni, dia balas macam tu ya." Talhah memicit bahu aku dengan kuat.

"Sakitlah. Yang nak tahu sangat kenapa? Tak ada kerjalah tu." jual mahal seronok juga dengan Talhah ni.

"Tak boleh tidurlah. Tengok kau pun sama." balas Talhah.

Susah sangatlah tu nak cakap ambil berat kat aku. Baik Talhah ni. Sering ambil tahu perihal diriku.

"Ni, mesti sebab si dia yang kau YM tadikan?" Talhah memancing.

Aku mengangguk perlahan.

"Kau suka kat dia ya?" sambil mencuit pipiku.

"Nampak gayanya macam tulah." ku menjawab tanpa berahsia.

"Apa lagi, masuklah meminang." saran Talhah.

"Eh, nanti dulu. Buntu ni. Nak buat cammana ya?"

"Aduh, lagi mahu tanya. Istikharah, sayang. Istikharah."

"Kalau ni hanya mainan perasaan saja, lagu mana?" soalku penuh kegusaran. Terkeluar juga dialek utaraku.

Talhah menarik telingaku lembut. "Itu yang aku suruh istikharah sayang. Istikharah!"

"Haha. Yalah yalah." lantas aku bangun.

"Ha, nak pergi mana pula tu?" soal Talhah.

"Istikarah sayang. Istikharah!" aku mengajuk Talhah.

Tawa melatari bilik kami.

~Ini mungkin sketsa yang pernah berlaku dalam kehidupan para pembaca sekalian. Dalam kebuntuan memilih keputusan, Islam telah menganjurkan untuk melaksanakan solat sunat Istikharah, memohon petunjuk daripada Allah s.w.t.

~Dalam isu perkahwinan, sepatutnya kita muhasabah diri. Yakinlah bahawa lelaki baik untuk perempuan yang baik. Secara mudah, jika kita inginkan yang baik, maka perbaikilah diri kita. Allah jugalah yang memberikan apa yang kita pinta. Seharusnya jadilah cinta kepada Allah sebagai pokok untuk membuahkan cinta yang lain.

~Insya-Allah, jika kita silap, kita tidak kecewa dan akan berasa bahagia apabila kita betul. Kita tidak akan kecewa kerana kita faham, bahawa kita berkahwin bukan kerana perempuan tersebut, tetapi untuk mengejar redha Allah dan memandu isteri dan anak-anak untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Justeru, pembinaan diri sendiri yang perlu diutamakan. Bukan mencari siapa perempuan yang kita dahulukan.

p/s: Sketsa berkenaan tidak berkaitan dengan diri penulis. Hanya menambah rencah supaya lebih enak untuk dibaca. =)

Kepada yang sudah mengorak langkah cuti raya ini untuk membina masjid. Tahniah saya ucapkan.

Ya..قد بينهما حبا

Continue Reading

20.9.09

Gembira berbaur rengsa


"Ha Paksu, tahun ni jangan kedekut nak bagi duit raya. Muna tahu dalam akaun Paksu ada banyak duit. Ingat bagi duit raya!

Maaf Zahir Batin"

Senyum menghiasi wajahku yang agak resah seketika. Resah kerana kehadirannya menyebabkan kumengelak daripada bersua. Tidak bersua beerti tidak cinta.

Alhamdulillah, tahun ini semua ahli keluarga berkumpul merayakan hari kemenangan setelah rengkuh kepada Ilahi sepanjang bulan Ramadhan. Dalam rasa besar hati melaungkan takbir, rasa sedih bertamu. Ada titisan air mata di tubir mata memikirkan bulan Ramadhan berlalu pergi.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Ya Allah, Ya Rahman, pertemukan daku dengan Ramadhan tahun hadapan. Aku merindukan tarbiyyah khusus daripada-Mu.

Tahun ini hari raya begitu bermakna. Ukhuwwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji hari raya ini. Sengaja saya tidak menghantar sms ucapan hari raya supaya akhirnya saya tahu, ragam manusia.

Terima kasih saudara Abah Gumok-gumok, Syahrir, Imran Koyube, Azwadi, Ejad, Farid, Zulhilmi, Aizudin, Aizudin Roszali, Lutfi, Fakhruddin, dan Hendy. Tidak lupa juga buat saudari Azizah, Nazli dan Farah, jazakillah.

p/s: Kepada semua graduan madrasah ramadhan, teruskan istiqamah. Ingatlah, sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu ialah yang paling tinggi taqwanya.

Continue Reading

12.9.09

Anje, Bangunlah...

"Abang bangun lah sahur," pujuk manja si isteri. "Ayang makanlah, anje memang tak sahur. Dari time skool pun tak sahur." Jujurnya si anje ni, detik hati isteri.

"Abang sahur itu consists of 2 keberkatan tau. Yang pertama Berkat Rohani iaitu menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w, mendapat selawat dan doa para malaikat dan menjadi pembeza antara puasa orang Islam dan puasa ahli Kitab. Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Ahmad:

"Makan sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkan sekalipun seseorang itu hanya meneguk segelas air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas orang yang bersahur."

"Hmmm.." balas si suami sambil bergolek.

"Sedapnya dia tidur. Abang, dengarlah ni. Keberkatan yang kedua ialah Berkat Jasmani iaitu lebih bertenaga dan kuat berpuasa di siang hari. Barulah abang bekerja dengan penuh semangat. Nanti, kerja abang mudah diniatkan sebagai ibadah. Abang bangun ya." sambung si isteri sambil membelai rambut suaminya.

"Yalah-yalah. Karang terlepas pula nak tahajjud ni. Asyik dengar ayang ni berkhutbah saja. Eh, ada ke perempuan berkhutbah? Exception untuk ayang je." usik si suami.

Si isteri menarik manja telinga suaminya sambil berkata, "Lepas sahur kita dirikan solat sunat. Waktu sahur ni berkat.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 17-18.

"Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristihgfar kepada Allah (memohon ampun)."

"Ya Allah, beruntungnya anje beristerikan ayang ni. Kita lalai dia ingatkan. Jom kita makan. Bau masakan pun dah buat abang terliur." ujar suami.

"Mana taknya, ayang masakkan lauk ayam kurma kegemaran abang." jawab isteri sambil tersenyum.

"Sayang isteri abang." balas suami lalu menggapai tangan isterinya.

p/s: Bersahurlah, banyak keberkatannya. Berkat atau dalam bahasa Arab, al-Barakah ialah suatu kebaikan yang banyak dan kekal pada sesuatu.

Menurut Almarhum Sheikh Ibn Jibreen dalam Fatawa al-Siyam, Insya Allah dengan keberkatan bersahur, orang tersebut akan diberi taufik untuk melakukan ibadah pada hari tersebut.

Bangunlah biar seketika untuk bersahur.
Continue Reading

11.9.09

Mari Semarakkan Cinta I

Senyuman diukir demi menggembirakan. Tangan kita berjabat di rumah Allah yang bertamu ramai manusia. Mesej dari tangan yang bertaut mudah: ayuh semarakkan ukhuwwah, aku mahu menarikmu dari wilayah keterasingan. Jazakallah akhi, kamu insan mulia yang tahan diuji. Aku? aku lemah dan pasrah. Alangkah bagusnya jika insan itu menghulurkan tangan untuk berjabat denganku.

Setiap tahun, satu kebiasaan untuk minggu orientasi diadakan buat pelajar-pelajar baru di mana-mana institusi pengajian. Di sekolah dulu, senior saya mengucapkan "Ahlan Wasahlan" yang membawa maksud jadilah sebahagian daripada kami dan bersenang-lenanglah. Walaupun hakikatnya, kami dibasuh selama 5 bulan, namun 5 perkara unik di sekolah itu (Biah solehah, ukhuwwah, teachers, friends & tarbiyyah) menyebabkan berat hati untuk melangkah pergi.

Di universiti, kami disogok dengan tema Smile & Salam. Ya, senyum dan salam. Itulah Tips menyemarakkan cinta.

1) Senyum

Senyuman itu terbahagi kepada 2. Senyum kerana gembira dan senyum demi menggembirakan. Senyuman yang besar ertinya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain.

2) Salam

Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam antara kamu.

3) Berjabat tangan

Janganlah sesekali kedekut untuk menghulurkan tangan. Jika melakukan kesalahan, cepatlah meminta maaf dengan menghulurkan salam. Apabila dihulurkan tangan, jangan pula diturut ego untuk tidak menyambutnya.

Kesimpulannya, jadilah orang yang sering menyemarakkan cinta. Bukankah sering diperingat, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya? Renungkanlah, mari semarakkan cinta!
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template