Assalamualaikum...hati (qalbun) merupakan seketul daging yang memerlukan pengorbanan dan kekuatan yang tinggi untuk menjaganya. Jika baik hati maka baiklah amalannya, jika hati buruk, maka buruklah amalannya.Untuk menjadi baik, kita perlu melatih dan memaksa hati menjadi baik.
Saya mengerti sukar untuk menjadi baik setiap masa. Manusia yang bersifat lemah, tidak terlepas dari melakukan dosa.
Baru angkat mata sikit dah tengok aurat orang. Baru sebentar duduk berbual, tidak sedar berbicara yang bukan-bukan. Masa ambil wuduk, tidak sedar membazir air.
Maka, nak taknak proses penjagaan hati ini memerlukan usaha berterusan. Untuk itu, saya kongsikan amalan-amalan yang simple tapi berkesan.
Andai sama-sama kita istiqamah, insyaAllah, hati kita akan menjadi baik dan bersih. Dan, lebih ajaib, kita terdorong untuk menambah amal.
Contoh amalannya ialah:
- Memberi salam apabila bertemu rakan-rakan
- Senyum
- Sedekah seminggu seringgit
- Membaca ayat al-Quran (Ini senjata ampuh nak membersihkan hati, malas sangat, baca satu ayat sehari)
- Berzikir (secara lisan boleh, secara dalam hati boleh. Nah...terserah. InsyaAllah rasa ketenangan)
- Berdoa ditetapkan iman, tidak ditarikkan hidayah, pinta hati baru jika hati sudah tidak takut melakukan dosa dan doa yang baik-baik.
- Istighfar (Hayati istighfar ibarat dikatakan oleh Rabiatul Adawiyah "Istighfar atas istighfar")
- Selawat ke atas nabi (selepas solat boleh diamalkan membacanya sekali paling kurang)
- Jaga solat 5 waktu.
Banyak lagi sebenarnya amalan-amalan yang simple tapi berkesan. Yang di atas jika sama-sama kita istiqamah, insyaAllah kita akan diberikan kekuatan untuk menambah amal ibadah.
Sebagai penutup, saya kongsikan satu hadis yang mafhumnya:
Hati itu boleh berkarat sepertimana karatnya besi. Maka, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w bertanya apakah yang dapat membersihkannya? Rasulullah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati mati.Sama menghayati, sama mendidik hati




