Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

25.12.10

Amanah Hartanah Bumiputera

amanah hartanah bumiputera
Tentu sekali kalau golongan bumiputera lalu lalang di tengah kota raya dan kalau mereka mendongak ke atas dan melihat bangunan-bangunan pencakar langit dan bangunan yang komersil tidak dimiliki oleh mereka, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kurang senang. Fakta-fakta ekomoni menunjukkan bahawa golongan bukan bumiputera memang mendapat hak mereka dalam pembangunan ekonomi negara, bahawa nilai dan peratusan penyertaan mereka berada pada tahap yang tinggi. (Datuk Seri Najib Tun Razak)

Berikut ialah ucapan perasmian Amanah Hartanah Bumiputera daripada Perdana Menteri pada penghujung bulan November yang lalu. Dengan pelancaran Amanah Hartanah Bumiputera ini, golongan Bumiputera berpeluang untuk melabur dalam hartanah-hartanah yang kebanyakannya tertumpu di kawasan Lembah Klang dan Selangor.

Siapa yang melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera?

Pelaburan Hartanah Bumiputera (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera melancarkan dana berjumlah RM1billion.

Berapakah jangkaan pulangan tahunan Amanah Hartanah Bumiputera?

Jangkaannya ialah 6% setahun dengan bayaran keuntungan sebanyak 2 kali setahun. Ini meletakkan pelaburan ini berada di kelas (low to medium risk investment)

Apakah hartanah yang dimiliki oleh PHB?

PHB memiliki bangunan seperti CP Tower PJ, 26 Boulevard Putrajaya, Wisma Consplant Subang Jaya, Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.

Siapakah yang boleh melabur?

Bumiputera (berumur 3bulan keatas)

Di manakah pembelian unit Amanah Hartanah Bumiputera ini boleh dilakukan?

Pembelian minima sebanyak 500 unit atau RM500 boleh dibuat dimana-mana cawangan Maybank di seluruh negara. Pelaburan maksimum ialah RM200,000 bagi setiap pelabur.

Berapakah tambahan pelaburan minimum untuk Amanah Hartanah Bumiputera?

100 unit

Berapakah minimum penjualan unit saham?

500 unit setiap kali transaksi dan sekali setiap sebulan.

Adakah pelaburan ini menepati kehendak Shariah?

Ya. Pelaburan ini ialah pelaburan berlandaskan Shariah.
Continue Reading

11.10.10

Konsert Glambert Hanya Menggalakkan Zina


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Amerika Syarikat Adam Lambert. Penyanyi dengan jolokan Glambert ini akan bertandang ke Malaysia pada 14 Oktober dalam siri jelajah konsertnya. Puas dibantah oleh pelbagai pihak, namun konsert itu diteruskan juga.

Alasannya, Glambert sudah memberikan kenyataan bahawa kejadian jijik yang berlaku di atas pentas di Jepun dan konsert jelajahnya yang lain tidak akan berlaku di negara Malaysia ini.

Meskipun begitu, konsert sebegini hanya mengundang padah. Masyarakat Malaysia sudah parah dengan masalah zina di mana-mana. Masalah pembuangan anak buktinya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah di mana kesungguhan pihak kerajaan menyelesaikan masalah zina yang berleluasa sekarang?

Di Terengganu, seorang imam hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, beliau melihat ada bungkusan plastik yang tersangkut di pagar masjid. Seperti kebiasaan, imam tersebut menjangkakan ada orang menyedekahkan pisang kerana amalan itu selalu dilakukan terutamanya pada hari Jumaat.

Selepas solat Subuh, imam tersebut mengajak beberapa orang jemaah masjid untuk duduk bersama menyantap pisang tadi. Apabila dibuka plastik bag tersebut, rupanya ada seorang bayi. Bersamanya ada nota:

"Didiklah anak ini dengan ajaran Islam."

Itu di Terengganu.

Di Temerloh pula, satu konsert dianjurkan. Selepas konsert, kempen anti zina dilakukan. Seramai berbelas-belas pasangan di tangkap di hotel-hotel kerana melakukan zina.

Di sekolah-sekolah, hakikatnya pelajar perempuan kita sudah pandai membawa kondom ke sekolah.

Kesimpulan

Itulah realiti masyarakat sekarang tentang zina. Zina situ sana sini. Buang anak situ sana sini.

Perlu lagikah masyarakat disuntik dengan Konsert Glambert ini. Masyarakat Malaysia semakin parah. Konsert ini sesungguhnya menggalakkan zina.

Jika di konsert Maher Zain pun ramai yang taksub sehingga lupa hakikat akhlak. Bagaimana dengan konsert Glambert.

Ya Allah, usah Engkau turunkan bala kepada seluruh penduduk Malaysia. Berilah hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami.
Continue Reading

26.1.10

Tahniah KISAS: Sekolah Berprestasi Tinggi

Alhamdulillah KISAS atau nama sebenarnya Kolej Islam Sultan Alam Shah, terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi semalam. KISAS atau lebih dikenali sebagai Bumi Waqafan dikalangan warganya, dipilih atas kriteria berikut:
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
KISAS dinamakan Bumi Waqafan, kerana tapak sekolah ini diwakafkan oleh Sultan Alam Shah untuk dijadikan sekolah agama. Tujuan murni Sultan ialah untuk melihat sekolah ini mampu melahirkan para profesional dan alim ulama. Pejabat KISAS sekarang dahulunya merupakan Istana Jemaah tempat Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafudin Idris Shah diputerakan.

Dengan bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), KISAS mempunyai kuasa autonomi untuk:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
p/s: Harapan saya, disamping kejayaan yang KISAS tempa saban hari, kekalkanlah 5 perkara unik yang berada di KISAS. Teacher, Friends, Ukhuwwah, Tarbiyyah dan Biah Solehah. Amin.

Tahniah KISAS!
Continue Reading

7.1.10

Tergigit Dengan Sirah



Kini tiba minggu ke-5 semester terakhir saya. Itu bermakna, saya sudah ke wad untuk berjumpa pesakit. Makanya, masa perlu dibunuh untuk menukilkan entri di blog ini. Kali ini, saya ingin menulis tentang budaya membaca.

Membaca memberikan anda ilmu yang berterusan. Dengan ilmu, kehidupan kita lebih bermakna. Tidaklah kita merasakan fikiran kita kosong, dan jati diri kita lemah. Malah, dengan membaca, anda akan melihat sesuatu perkara dengan lebih matang.

Bahan bacaan itu pelbagai. Ada biografi, komik, majalah, buku ilmiah, jurnal, surat khabar dan sebagainya. Ada orang berpendapat, hendak mengenal orang, kita lihat apa bahan bacaannya.

Kalau orang beli majalah Mempelam (bukan nama sebenar), pasti dia suka meng'update' kisah-kisah artis kat Malaysia ni. Kalau orang beli majalah Solusi, pasti orang ini ada usaha untuk memperbaik diri.

Dalam banyak-banyak bahan bacaan, novel selalunya orang cari. Ombak Rindula, Cinta Adam dan Hawa, Rooftop Rant dan banyak lagi. Kalau buku-buku sains Sosial, memang sikitlah pembacanya.

Percaya atau tidak, Sirah itu genre dia tidak lari banyak dari novel. Penceritaan tentang kisah Rasulullah, para sahabat, ilmuan Islam amat menarik untuk dibaca. Gaya bahasa yang santai tapi bermanfaat bisa menggigit hati-hati pembaca.

Justeru, kerana tidak kenal, maka tidak cinta, bacalah juga Sirah junjungan besar Muhammad s.a.w, supaya hati dididik untuk mencintai Nabi.

Ada 3 bahan bacaan yang baik untuk dibaca:


1) Al-Raheeq al-Makhtum (The Sealed Nektar) karangan Sheikh Mubarak Furi
2) Muhammad: Based on Early Sources karangan Martin Lings/Muhammad Abu Bakr Syrajudin
3) Fiqh Sirah (3 Jilid) karangan Sheikh Sai'd Ramadhan al-Buuty

p/s: Saya pun belum membaca buku-buku berkenaan, insyaAllah satu masa yang lapang nanti.

Continue Reading

3.1.10

Geng Blogger...Hot Stuff!

Ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog anda ke serata Malaysia. Setelah nuffnang, Gengblogger lebih 'user-friendly' untuk para bloggers mempromosikan blog dalam bahasa ibunda yakni Bahasa Melayu. Bahasa 1 Malaysia.

Dengan menurut 3 langkah mudah iaitu

1) Daftar
2) Login ke GengBlogger
3) Ping Blog Anda

insyaAllah, ada insan-insan yang tergerak hati untuk melawat blog anda. Semalam baru saja, saya mendaftar...siap tak upload gambar. Tapi dah 13 orang datang dari Gengblogger. Mudahnya.

Secara tuntas, Gengblogger ialah usaha yang murni untuk mempromosikan blog dengan menggunakan sedikit usaha.

Apa yang ditunggu lagi. Layarilah gengblogger.com atau klik pada banner Gengblogger di blog saya ini

p/s: Nampaknya, blog saya semakin kurang pengunjungnya. Minta saranan dari rakan-rakan. Terima kasih.
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template