
Alhamdulillah, sekarang sudah masuk minggu ke-21 saya menjadi PRP di PPUM atau Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Inilah coretan pengalaman saya di sini. Di PPUM, ada 5 stesen utama untuk PRP.
Farmasi Pesakit Dalam
Saya ditempatkan di Farmasi Pesakit Dalam atau In-Patient Pharmacy selama 9 minggu. InsyaAllah Mei 2011, saya ke stesen ini kembali untuk 9 minggu lagi.
Di IP, PRP dikehendaki berada di sini hampir 18 minggu. 18 minggu ni, termasuklah TDM 4 minggu, dan Ward 2 minggu. Sebenarnya, di PPUM kerana kekurangan staf, rotation untuk ward tidak seperti di KKM. Di KKM, PRP kena berada di ward selama 8 minggu. setiap minggu kena clerk 15 kes dan present 3 kes setiap minggu kepada preceptor. Makanya di PPUM, PRP hanya clerk 30 kes.
Farmasi Pesakit Dalam di PPUM membekalkan ubat untuk wad dan juga pesakit discaj. Waktu kerja ialah 8.30am ke 515pm. Nampak awal kan? Tapi, kehidupan kerja berlainan dari waktu belajar. Jadi, habiskan kerja baru balik. Itulah sifirnya.
Di IP,PRP kena buat packing =1 minggu, methadone = 1minggu, DD = 2minggu, Screening antibiotics=4minggu,wad = 2 minggu, tdm=4 minggu,checking dan kaunseling untuk 4 minggu lagi.
Kesimpulannya, IP ialah tempat paling mencabar.
Farmasi Pesakit Luar
Farmasi pesakit luar ialah tempat kegemaran kebanyakan PRP. Waktu kerja sama seperti IP. Yang menariknya, ada rehat pagi selama 30 minit. Dan apabila tiba 515pm, boleh balik tepat pada masanya.
Satu hari, purata pesakit di OP (Out-Patient) PPUM berjumlah 2000++.
OP terbahagi kepada 3 unit. 1) Main OP (4-5 minggu), 2) RF (Revolving Fund) (3-4minggu)Tempat menjual ubat-ubat yang mahal seperti Viagra, Celebrex dan lain-lain. 3) PharmCare (Perkhidmatan kutipan ubat secara SMS, Pos dan Drive-Tru.) (3-4minggu).
Manufacturing
Manufacturing terbahagi kepada 2 stesen. 1) CDR (6minggu) 2) TPN (4minggu). Di sini, PRP akan belajar tentang hand washing, gowning degowning,clean room,cytotoxic drugs reconstitution, tpn dan banyak lagi.
Sehari, purata 130 produk ubat sitotosik di buat.
Kedai
Di PPUM, PRP berpeluang untuk berada di stesen ala-ala komuniti farmasi selama 1 atau 2 bulan. Di Kedai, pelbagai ubat dan alat bantuan medikal di jual.
In-Patient Chemo
In-Patient Chemo (IPC) bekerjasama dengan Sterile Complex untuk membekalkan ubat sitotosik ke wad. IPC akan menerima preskripsi dari Doktor, dan menghantar ke dalam Sterile Complex untuk dibuat. Setelah ubat siap, Sterile Complex akan menghantar ubat ke IPC dan kemudian dari IPC ke wad. PRP akan berada di sini selama 2 bulan.
Itulah 5 stesen utama bagi PRP di PPUM. Stesen seperti DIS dan Store tidak ada. DIS perlu di buat sepanjang PRP. Druq enquiry haruslah 100. Attachment di store tidak ada. Attachment di Enforcement juga tidak ada.
Menurut senior di PPUM, bekas graduan UIA yang pernah ke sini ialah Rx3 = Adibah. Rx4=Nurizzati (half-way) Rx5 = Ainna, Nursalwa dan saya.
Ok, itu sahaja. Terima kasih.


2 comments:
solah, nak tanya skit.. apa bezanya kerja kat hosp KKM dgn hosp university or teaching hosp..?
hospital kkm milik kementerian..semua hospital di bawah kkm mendapat pembiayaan penuh daripada kerajaan...teaching u berlainan..hospital camni semi-goverment..malah dirujuk sebagai badan berkanun..hospital mempunyai kuasa sendiri untuk menentukan hala tuju hospital.
teaching hospital baik untuk para pelajar universiti berkenaan belajar..dari segi prp, saya tidak merasakan ppum memberi peluang sebanyak di kkm..
Post a Comment