
Alhamdulillah, hujung minggu begini rasa tenang menghirup udara segar pagi sehingga tengah hari. Dan kerana itu, saya ada 'mood' untuk menyambung travelog saya di bumi Korea. Jom kita tengok apa tempat-tempat menarik untuk di lawati di Seoul.
Buat permulaan, jika anda mahu berjalan-jalan di Seoul, gunalah perkhidmatan Seoul Metro (kereta api bawah tanah), insyaAllah semua tempat sampai.
Myeongdong (Syurga Anak Muda, Syurga Fesyen)
Kenal Super Junior? Kenal Girls Generation? Tahu jenama SPAO? Secara serius, saya pun tak tahu jenama SPAO ni. Tapi, inilah kegilaan kebanyakan teman-teman saya di Korea. Mereka ke gedung SPAO 4 tingkat ini untuk membeli pakaian-pakaian berkualiti pada harga serendah 9900Won (RM28). Dan SPAO ini ialah jenama yang diasaskan oleh Super Junior dan Girls Generation.
Jika anda mahu membeli-belah pakaian, di sinilah syurganya. Ada pelbagai butik pakaian di sini. Tak lupa juga kedai-kedai kosmetik yang baru jalan tak sampai 100meter dah jumpa 3-4 buah. Sebut sahaja The Face Shop, Nature Republic (Rain duta dia), The Skin Food dan macam-macam lagi, semuanya berlumba-lumba membuat promosi! Masuk sahaja kedai mereka, kamu akan dapat free gift macam toner, face mask dan pelbagai lagi. Bezakan? Di Malaysia, The Face Shop tu lengang sahaja.
Namdaemun (Syurga brooch dan Souvenier murah-murah)
Namdaemun Market ini memang tempat pelancong asing memborong brooch-brooch. Kalau di sana, harga brooch yang lawa dan berkelip-kelipan itu hanya RM9. Tapi, di Malaysia, harganya boleh mencecah RM50. Kristal juga boleh di beli di sini. Mungkin harganya hanya RM1000, tapi ada pelajar Malaysia yang menjualnya 200-300% untung!
Di Namdaemun juga, anda boleh membeli souvenier yang mempunyai identiti Korea. Memang murah. Keychain, beg, chopstick, sudu, penanda buku dan banyak lagi!
Dongdaemun (kilang dan deretan kedai pakaian)
Dongdaemun ini ialah gudang pakaian. Jika anda mahukan pakaian yang murah bertulis Korea dan sebagainya, disinilah tempatnya. Dulu, Dongdaemun ini ialah tempat yang paling miskin di Seoul. Sebuah tugu peringatan dibangunkan di sini, untuk memperingati kisah seorang remaja yang berusaha berniaga dalam serba kekurangan bagi membantu keluarganya yang susah. Semangat anak muda ini, menjadi inspirasi kepada pekedai-pekedai sekarang untuk terus bersemangat berniaga.
Itaewon
Ini bandar pelancong asing. Di sinilah terdapatnya satu-satu masjid di bandar Seoul. Teman-teman saya, mendapatkan bekalan daging halal di sini. Mereka juga berjihad untuk solat Jumaat di sini. Perjalanannya, mengambil masa satu jam!
Gwanghwamun
Gwanghwamun ialah tempat di mana muzium sejarah King Sejung, pengasas tulisan Korea (Hangeul) dibangunkan. Masuk muzium ini percuma sahaja. Di sini, anda akan teruja dengan muzium yang interaktif. Anda juga boleh mempelajari tulisan Hangeul dan menulis nama anda dalam tulisan Korea menggunakan berus dan dakwat hitam. Semua itu percuma!
War Memorial
Perang Korea pada awal tahun 50-an merupakan sejarah hitam bagi Korea Selatan. Kerana pertembungan ideologi komunis dan demokrasi, Korea Selatan dan Korea Utara terheret ke kancah peperangan. Sehingga kini, perang ideologi itu masih berlangsung.
Muzium ini menempatkan segala-galanya tentang sejarah Korea, semenjak beribu tahun dahulu. Laman muzium dipenuhi dengan monumen, tugu, kapal perang, kereta kebal, jet dan pelbagai lagi pengangkutan dan senjata yang digunakan sewaktu peperangan.
Bagi saya, orang Korea hebat! Meskipun, usia negara mereka lebih kurang dengan Malaysia, negara mereka sudah maju ke hadapan. Dari pengamatan saya, mereka maju 10-15 tahun daripada kita.
N Seoul Tower
Seoul Tower ini memang mengujakan. Anda dapat melihat pemandangan seluruh bandar Seoul yang cantik, terutamanya pada waktu malam. Anda juga boleh mengenalpasti, tempat-tempat yang penting untuk anda lawati daripada atas menara. Bagi yang ingin berkongsi nostalgia menaiki menara Seoul ini, anda boleh mengeposkan poskad dari atas menara ke mana-mana tempat di dunia.
Hanok Village, Chungmuro
Jika anda hendak merasai kehidupan perkampungan tradisional Korea, di sinilah tempatnya. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa.
Gyeongmukgong
Ini ialah kompleks istana. Besar sangat sampai tak larat nak jalan semua kawasan. Kat sini, anda boleh mencuba memakai pakaian tradisional Korea.
p/s: Itu sahaja, jika anda ke Seoul, Korea, anda boleh ke tempat-tempat yang saya syorkan di atas. Terima kasih.


14 comments:
wah.
gambar kita~
trip yg seronok.
terima kasih pada ketua kontinjen, dan maskot serta kawan maskot. hehe..
@[SyAriFaRadHiyA]betul2 trip yang seronok..
siapa ketua kontijen, maskot dan kawan maskot? yang solah tahu, cikgu saja.
jangan macam tu..
target next trip utk ke korea...thanks for the info..
@Kazaztan Teamoh, bila tu? harap kazaztan enjoy the trip ke sana..pesanan saya, jangan lupa kompas arah kiblat dan makanan halal secukupnya sepanjang di sana...
info yg sgt berguna=)
25 feb-2 march 2011 my trip to korea, sgt excited nak kesana=)
nami island x lawat ke ?
@Anonymoustak melawat, hari tu ada plan...tapi tak cukup masa dan pulus
@Nur Suriati Mohamadsemasa saya sampai di lapangan terbang, saya mahu solat tetapi tiada surau. yang ada gereja, tokong buddha dan tempat ibadah agama lain. saya solat di bawah escalator.
dan, semasa berjalan, kami solat di taman-taman istana dan tidak kurang juga di tempat-tempat tersorok. bawalah kompas dan sejadah nipis untuk memudahkan ibadah anda
salam. kalau dekt sana memang susah ke nak jumpa makanan halal?
@Anonymousanonymous
waalaikumussalam, kalau makanan halal tu merujuk kepada daging halal, maka sukar. ayam dan daging halal dijual di itaewon. berbeza dengan di denmark, ada dijual di mana-mana.
kalau roti tu banyak di korea. penuh kedai roti dan kedai kopi.
pernah juga makan di kedai2 orang korea. makan nasi+sup+kimchi+telur. air kosong je free.
Assalamualaikum.
kalau pi ikut tour tak masalah kut dengan makanan dan tempat solat. saya akan ke korea19-23 dis. ni. tak sabar dah ni.
Post a Comment