Scene 1"Ya Allah 'semerbak' nya dia ni." Monolog Sumardi. Dari jauh dia memandang satu lembaga yang dia kenali. Nak tegur, karang perang dunia ke-3 tercetus pula.
Scene 2
Malam itu, Sumardi duduk di ruang tamu. Alif menyertainya. Lembaga tu pun ada sekali. Memang zass. Bau semerbak itu cukup sinonim dengan neuron Sumardi. Kalah aroma ikan masak lemak cili padi di hadapan mereka.
Sumardi membuka mulut (aroma 'semerbak' itu masuk dalam alveolus), "Uhuk, uhuk". "Aduh, macammana nak cakap ni." getus Sumardi. "Lama-lama, chronic bronchitis aku."Tambah Sumardi.
Scene 3
Lembaga itu mendirikan sembahyang Subuh berjemaah pagi itu. Sumardi yang dalam keadaan mamai masuk ke dalam saf. Baik punya parking tepi lembaga tersebut. Baru sesaat terus Sumardi segar dengan aroma 'semerbak' tersebut. Ngap. Ngap. Sumardi mengalami sesak nafas. Belum sampai 10 saat, Sumardi rebah dek kerana aroma itu. Sungguh membunuh.
Bau Badan
Badan berbau ni memang satu benda yang memalukan. Dan, orang sekitar sukar untuk meluahkan perasaan mereka terhadap anda. Oleh itu, demi tanggungjawab sosial, kita perlu groomkan diri kita.
Rasulullah saw, Nabi Terulung kita begitu mementingkan kebersihan. Baginda sanggup berbelanja untuk membeli bau-bauan harum. Dalam kitab-kitab fekah bab taharah (kebersihan) tidak akan dilupakan, kerana kebersihan ini penting.
Antara cara menghilangkan bau badan ialah:
- Tukar baju anda selalu. Sekali sudah pakai kalau memang badan anda berbau.
- Beli minyak wangi yang sesuai dengan kulit anda. Sebab minyak wangi + peluh kekadang boleh menyebabkan orang pengsan.
- Selalu mandi. Paling kurang 3 kali sehari.
- Guna deodoran walaupun ke mana sahaja anda pergi
- Gosok gigi dan masukkan air ke dalam hidung
- Kerap basuh baju
p/s: Banyak lagi petua untuk menghilangkan bau badan. Siapa tahu? Mari kongsikan.





