30.12.09

Cewek Cowok Matrek



Assalamualaikum...


Saya lihat apabila diposkan entri tentang tazkirah, kurang benar yang mahu klik continue more. Saya faham, dalam dunia yang penuh mehnah ini, peringatan selalunya dipandang enteng.

Namun tidak mengapa, tujuan saya menulis entri-entri di sini adalah untuk memperingatkan diri sendiri jua. Tidak lupa juga entri bertujuan mengetuk hati-hati yang masih hidup.

Saya memerhati kecelaruan dan kegusaran yang dalam di kalangan umat manusia. Kecelaruan dan kegusaran kerana tercari-cari ketenangan, kebahagiaan.

Meskipun, dianugerahkan rumah besar, anak-pinak ramai, isteri bertaraf model, kereta mewah, hati manusia-manusia ini masih belum tenang. Kenapa?

Saya berpendapat, ramai orang yang meletakkan ukuran kebahagiaan itu berlandaskan MATERIAL. Tidak puas-puas mengejar pencapaian material.


Disebabkan itu, hati manusia tidak tenang.

Para pembaca, terang-terangan Allah berfirman dalam al-Quran (ar-Ra'du, 28):

Ingatlah hanya dengan mengingat Allah jiwa akan tenteram.

Sungguh benar kata-kata Allah. Apabila manusia mengingatiNya, ketenangan dicurahkan hingga tidak dapat digambarkan. Cubalah tingkatkan kebergantungan dan dialog dengan Tuhan, insyaAllah ketenangan akan hadir dalam jiwa.

Lagu UNIC Hakikat Bahagia merupakan lagu yang baik untuk direnungkan:

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

p/s: Boleh belajar nyanyi =)...
Continue Reading

26.12.09

Solatlah, Nak Kena Petir?


"Solah, Solah. Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa paling jahat?" soal kawan sekelasku Afiq.

Dia ni selalu buat soalan cepu cemaslah. Kotak apa ni? Pandora Box? Pandora Box tu jahat ke? Berputar ligat otak aku memikirkan. Sebelum neuron bersimpul, baik diangkat bendera putih, surrender. "Tak taulah, apa ye?"

Dengan tersengih dia menjawab, "Kotak sembahyang".

2 patah perkataan yang menyebabkan aku tersentuh. Benar. Sungguh benar. Amalan solat ialah ibadah pertama yang dihisab nanti. Bila muhasabah kembali, ada rakan-rakan di sekitar yang tidak mendirikan solat terutamanya solat Subuh dan Zohor.

Itu yang saya terkesan. Lain-lain solat, saya tak tahu. Memula mahu berhusnu zon kerana itulah serendah-rendah ukhuwwah. Namun, ada perkara yang husnuzon sudah tidak boleh dipakai, bila semuanya sudah terbentang depan mata.

Rakan-rakan, solatlah.

Tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan diri. Tanya balik kepada diri kita tiga soalan ini.

1) Dari mana kita datang?
2) Kenapa kita didatangkan?
3) Ke mana kita akan pergi?

Kita datang dari Allah, kita didatangkan untuk beribadah kepada Allah (salah satunya solat) dan kita akan kembali kepada Allah. Jelas bukan?

Rakan-rakan, anda dikurniakan akal yang bijak. Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Setelah itu, meminta para malaikat untuk sujud kepada manusia. Mulianya kita.

Rakan-rakan, bijaksini (dunia) penting, bijaksana (akhirat) lagi penting.

Para peninggal solat, Allah maha Pemurah. Tak sembah Dia, Allah tak hantar bil oxygen kita kat dunia. Dia tetap bagi oxygen free. Dia bagi nikmat mata, nikmat akal waras, nikmat mewah harta dan macam-macam.

Cuba fikir kalau Allah caj oxygen tu, sanggup bayar ke? Kalau orang bayar sejuta nak beli kedua-dua belah mata, nak jual tak?

Fikirkan...

Akhir kalam suka saya berkongsi kata-kata Profesor Said Ramadhan al-Buty, tuntutan solat fardu 5 kali sehari semalam adalah seakan-akan Allah hendak menyatakan bahawa:

"Rasul (Muhammad s.a.w) kamu telah naik ke langit dalam Mikraj, maka hendaklah kamu memikrajkan diri kamu 5 kali sehari bertemu dengan-Ku."

Benar. Sungguh benar.

Walau diri sering lupa,
Walau dibeban sebumi dosa,
Walau jauh dari sujud pada-Nya,
Allah tidak lupakan kita.

Percayalah. Cepat tunaikan solat sebelum terlambat.

Continue Reading

25.12.09

Kereta Mewah Lambang Status?


"Wow, Honda Accord! Baru kerja dah boleh beli." lafaz Diana dengan teruja.

"Haahlah. Mantop tahap petala. Mesti lucky punyalah siapa yang kahwin ngan dia. Mewah, kaya, handsome. Perfect crushlah orang kata." balas Izyan.

Dialog yang selalu kita dengar. Terkadang saya naik bosan. Nak taknak, saya kena dengar. Lubang telinga tutup dengan tangan pun dengar. Hakikatnya, masyarakat memandang status seseorang melalui jenis kereta.

Kalau kereta Kancil tu, susahlah nak dibuat menantu. Kalau kereta Honda City ke, Lancer Evo ke, bercahaya terus kedua-dua belah mata bakal mak mertua.

Saya melihat ramai lepasan universiti yang terburu-buru menunjuk kemewahan sebelum mengukur baju di badan sendiri. Lupakah mereka kereta mewah itu comes together with other expenses. Minyak, road tax, insurance dan penyelenggaraan. Dah lupa ke?

Lebih teruk lagi, kereta mewah itu tetap tak dapat terbang untuk lepas dari traffic jam. Baru sahaja saya tersenyum tengok Brabus terperangkap kat Kuala Lumpur sebab jam.

Orang Perak menglamourkan ungkapan "bior pape asai bergaye" yang bermaksud, biar papa asal bergaya. Ungkapan ini patut didelete terus masuk dalam recycle bin. Pehtu tekan delete lagi. Biar pupus ditelan zaman.

Status kemewahan sepatutnya bukan dilihat melalui kereta. Tetapi kemewahan harta dikira melalui bagaimana bersedianya anda untuk menghadapi setbacks dalam hidup.

Dari awal, anda seharusnya peruntukkan 10% dari income anda untuk simpanan. Nasib baiklah kerajaan potong siap-siap 11% KWSP. Kalau tak, mesti ramai yang papa masa dah bersara.

Dan, jangan lupa tanggungjawab kita sebagai anak. Hulurlah 10% juga secara tetap setiap bulan untuk meringankan beban ayahanda bonda. Tidaklah nanti, membayar ansuran kereta mewah, sampai berfikir dua tiga kali untuk memberi sedikit wang kepada ayah dan ibu.


p/s: Ingatlah, kadar kemewahan dikira melalui betapa banyak simpanan anda bukan jenis kereta anda!
Continue Reading

23.12.09

Ingin Berhenti Melakukan Dosa, Tapi...


Bergelar manusia, tidak terlepas dari melakukan dosa. Tidak kira dosa kecil ataupun dosa besar.

Kerana hati manusia fitrahnya suka kepada kebaikan, para pembuat dosa pasti terdetik untuk berubah.

Penagih dadah, peminum arak, kaki disko, penzina, para peninggal solat (terutama solat Subuh), dan lain-lain pasti berada dalam kemurungan yang mendalam.

Mereka ingin keluar dari belenggu dosa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Namun, mereka melakukan kembali dosa setelah bertaubat.

Usah Berputus Asa

Bak kata-kata hikmah, manis mengikut hawa nafsu itu sebentar, tapi racun dosanya kekal.

Para pembuat dosa! Usah putus asa untuk berusaha dan terus berusaha untuk menjadi baik dan mengejar maghfirah (keampunan darinya).

Bacalah ayat al-Quran ini - Az-Zumar ayat 53:

“Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Kisah Pembunuh Bersiri-100 orang

Ingat kisah ini yang dititip dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dulu sebelum kalian ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, sehingga dia bertanyakan tentang orang yang paling alim di kalangan penduduk bumi. Mereka menunjukkannya kepada seorang rahib (ahli ibadah), kemudian orang tersebut mendatanginya dan berkata bahwa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Rahib tadi berkata: “Tidak.”

Orang itu lalu membunuhnya, sehingga genap menjadi 100 orang. Kemudian dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia berkata kepadanya bahawa dia telah membunuh seratus orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Dan siapakah yang mampu menghalang antaramu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, kerana di sana ada orang-orang yang beribadah kepada Allah Ta’ala. Beribadahlah bersama mereka, dan jangan kembali ke negerimu karena negerimu adalah negeri yang jelek.”

Kemudian orang itu pergi tetapi di tengah-tengah perjalanan dia meninggal. Lalu malaikat rahmat dan malaikat azab saling berselisih tentangnya. Malaikat rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah.” Malaikat azab berkata: “Dia belum beramal soleh sama sekali.” Kemudian datanglah kepada kedua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata: “Ukurlah antara dua negeri tersebut. Mana yang lebih dekat (jaraknya dengan kedua negeri itu) maka itulah lebih berhak.” Mereka kemudian mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahwa dia (orang yang mati itu) lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya.”

Pernahkan kita membaca hadis ini? Jika belum silakan membacanya.

Dulu, saya menerima bulat-bulat hadis ini. Saya menyangka lelaki tersebut bernasib baik kerana jarak ke negeri baik itu lebih dekat. Namun, hadis ini sebenarnya lebih dari itu.

Menurut pakar hadis di Yarmouk, Dr Muhammad al-Hawari. Beliau berkata

"Kenapa hadith ini menyertakan sekali perihal jarak antara lelaki itu dengan kampung kebaikan?

Hal ini kerana, Allah hendak menunjukkan bahawa Dia telah mengampunkan lelaki ini atas usahanya bergerak ke arah taubat tadi.

Allah lah yang mendekatkan jarak kampung kebaikan itu pada lelaki itu"

Mata saya terbuka. Benar. Allah itu Tuhan kita. Dia tidak seperti apa yang kita gambarkan. Biar kita busuk di mata manusia, sampah masyarakat sekalipun, Allahlah yang akan menerima kita. Allah yang memilih mana di kalangan hambaNya yang ingin Dia bersihkan.

Usaha untuk memperbaiki diri dan melawan hawa nafsu ini bukan mudah. Setiap hari peperangan antara akal dan hawa nafsu berlaku.

Usaha ini memang rumit. Ia ibarat meleraikan simpulan-simpulan benang yang berselirat.

Ingatlah, mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.

Lazimnya

Soalan yang sering kita bertanya;

"Kalau seseorang itu jatuh ke lembah dosa, kemudian bertaubat, kemudian melakukan dosa kembali, kemudian bertaubat, dan perkara ini berulang berkali-kali, bagaimana?

Jawapan saya: Usaha dan usaha lagi. Usah berputus asa dengan maghfirah dan rahmat Allah.

Keampunan Allah itu luas dari apa yang kita gambarkan.

Seperti lagu Aeman yang mengambil dari sebuah hadis

"Kerana keampunanNya, lebih luas dari kemurkaanNya"

Para pembuat dosa! Usah berputus asa.
Continue Reading

17.12.09

Kamera Terlebih Termantop


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah puji buat Tuhan yang menciptakan hati.

Doalah sentiasa agar ditetapkan hati kita supaya tidak diracuni sifat mazmumah yang bakal membengkang-bengkokkan agama kita dan lebih teruk lagi agama orang lain.


Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Andai Allah s.w.t. dan para malaikat berselawat kepada baginda, sudah pasti kita umat Nabi Muhammad yang beriman seharusnya memperbanyak selawat.

Di dalam entri ini, saya akan memperkenalkan kamera yang termantop daripada segala-gala kamera di jagat raya ini. Kamera apakah itu?

Bukan kamera DSLR. Bukan juga Lumix dari Panasonic. Jauh sekali Olympus yang terkenal dengan model-model tahan lasaknya. BenQ lagi susah nak cari makan di sini.

Ini ialah kamera litar tertutup yang seharusnya kita install segera buat diri. Harganya percuma. Tidak perlu mencari di kedai-kedai. Kamera litar tertutup ini sudah tersedia. Ibarat nyanyian Mestica

"Destinasi cinta yang kucari sebenarnya terlalu hampir, hanya kabur kerana dosa di dalam hati"

Begitulah jua kamera ini yakni "kamera" Allah. Kamera ini sudah dekat dengan kita.

Bacalah ayat al-Quran ini:

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Allah, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar" (al-Mulk:13)

p/s: Para sahabat Rasulullah menjadikan tema "takutkan Allah ketika sendirian ataupun ramai" sebagai formula hidup. Dan itulah yang menyelamatkan mereka daripada kebinasaan iman.
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template