17.10.09

Berbekam Rawatan Langiit

Kaifahalukum jamia'n. Kabare waras semuanya. Moga-moga semuanya berada di bawah lembayung redho Allah. Meskipun miskin, dicaci dibuang manusia, namun yang paling penting tindak-tanduk kita ke arah mendapatkan redho-Nya.

Hujung minggu ini, berlangsunglah I-Quest di IIUM Kuantan. Program seperti UIA Open Day ini diwarnai dengan aktiviti-aktiviti yang mengujakan. Salah satunya ialah khidmat berbekam daripada profesional iaitu Ustaz Ramly Ahmad (hambanya.com/ramlyahmad) di gerai HPA dengan bayaran hanya RM8.

Ini kali pertama saya berbekam. Pengalaman yang manis dan sakit juga. Semasa buat memang tak sakit, tapi bila terkena curahan air shower pada kelajuan tinggi. Euwww. Seriously, sakit. Masakan tidak, semasa anda berbekam, kulit anda akan dicucuk sebanyak berpuluh-puluh kali sebagaimana cucukan ujian paras gula dalam darah.
Bak kata pepatah orang putih "No pain, no gain", berbekam ialah saranan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas (golden point). Sesungguhnya ia menjadi penawar kepada 72 jenis penyakit.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Naim)


Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain:

Rasulullah S.A.W. setiap kali sahabat bertemu baginda untuk mengadu sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah.”

(Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Antara faedah berbekam termasuklah membuang darah kotor, darah beku yang mengandungi toksin dari dalam badan. Buat mereka yang mahu berbekam dengan harga yang istimewa ini, silakan hadir ke booth HPA di I-Quest.

Continue Reading

14.10.09

Sushi King RM2 only!

From 12-15 October, all rice-based sushi on the Kaiten Belt will be sold at RM2. Yesterday, my friends and I had been there to satisfy our taste buds. Overall, we ate around more than 40 plates. Because we ate like monster =), I was given a RM5 voucher. Can't wait to eat bento using this voucher.

For those who love sushi, this is the time to taste expensive plates at RM2. You are given 1 hour to eat. Please come early if you plan to have lunch or dinner here. If not, you have to queue.
p/s: Yesterday eat jellyfish and eel sushi. Today, eat rabbit. Finally, sleep dizzily.
Continue Reading

9.10.09

Fail to Plan, Plan to Fail

Salamun a'laik, sahabat-sahabat maya kusekalian. Terima kasih kerana hadir mewarnai blog ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi kita dikurniakan pelbagai jenis hidayah. Tanpa hidayah, belantara dunia ini gelap zulumat. Pasti tersesat tanpa arah dan tujuan. Moga-moga Allah tidak palingkan hati kita setelah memberi hidayah.

Selawat buat junjungan Rasul Ulul Azmi, Muhammad s.a.w yang akhlaknya begitu mempersona. Sesiapa pun yang cuba untuk menggambarkan karakter Baginda pasti berkata, "Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w., baik sebelum mahupun setelah baginda wafat." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Sa'd dan al-Baihaqi)

Saya mengakui, bahawa minggu ini lebih menyenangkan berbanding minggu lepas. Masakan tidak, kelas setiap hari begitu menyelesakan. Kelas dahlah sedikit, habis awal pula tu. Alhamdulillah.

Adapun kiranya, bertandanglah hamba ke bilik pensyarah untuk mendapatkan nasihat berkenaan hidup selepas bergelar graduan. Alhamdulillah, ibarat selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan, perkongsian ilmu daripada pensyarah amat membantu. Buat yang ingin menyambung pelajaran selepas ini, saya syorkan agar berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang. Saya jamin, tidakkan rugi.

Perancangan amat penting. Dan senior saya pernah bertanya, apa yang Solah akan buat dalam masa 5 dan 10 tahun daripada sekarang? Soalan yang pasti menyebabkan ramai orang terkial menjawab. Ah, redah sudah. Sahabat, usah begitu. Kajian menunjukkan, graduan yang berjaya ialah mereka-mereka yang jelas halatuju hidup mereka dan melaksanakannya.

Buat rakan-rakan sekelas, bulan 12 atau 1 ni, kita bakal mengisi borang tempat kerja, bulan 2 atau 3 kita sudah ditemuduga. Belum terlambat untuk anda memikirkan hala tuju kerjaya anda.
Sila-sila ambil masa untuk merenung masa depan =)
Continue Reading

5.10.09

National Pharmacy Quiz Questions

These were some of the questions I encountered during the national pharmacy quiz. Check them out.

Why insulin from porcine is less immunogenic than bovine?
(Because the structure of insulin from porcine is much more similar to structure of human insulin)

Why urea cleareance are not used for determining GFR?
(Urea is reabsorbed and secreted in the tubules of nephron)

What is the glucose clearance in kidney?
(0mg/mL-all glucose is reabsorbed)

What is the main muscle for inspiration?
(diaphragm)

What is picric acid?
(type of phenolic acid, 2,4,6-trinitrophenol)

What is the type of synthetic erythropoietin available in the market?
(epoietin alpha)

What is the drugs which the primary effect of biotransformation (phase I) make it active?
(Prodrugs)

A patient has T inversion and no troponin level increase. What is the diagnosis?
(Unstable Angina)

What is the function of polyethylene glycol in interferon medication?
(improve circulating half life of interferon)

What are 2 limitations in using creatinine to estimate GFR?
(In obese patient and in muscle wasting patient)
Continue Reading

Johan Kuiz Farmasi Kebangsaan

Alhamdulillah yang tidak putus-putus buat Tuhan sekalian alam yang nikmat kurnia-Nya tidak terhitung meskipun seluruh lautan dijadikan dakwat untuk menulis semua kurniaan itu. Allah...sesungguhnya pertolongan-Mu amat dekat.

Semalam berakhirlah ubat 'gingko biloba' yang diambil untuk melancarkan peredaran darah bagi menghadapi kuiz farmasi antara universiti peringkat kebangsaan. Sebanyak 14 pasukan bertanding daripada 9 buah universiti. Akhirnya, saya menjadi juara selepas mendapat nasrullah yang mencurah-curah.

Apa yang saya pelajari ialah walaumacammana berilmu pun manusia, tetap jahil pelbagai perkara. Ibarat pepatah yang popular, ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya, ilmu seharusnya dituntut sepanjang hayat dari buaian hinggalah ke liang lahad.

Terima kasih buat ibu tercinta dan keluarga. Penghargaan buat pensyarah-pensyarah yang membantu tanpa jemu. Tidak lupa juga kawan-kawan yang memberikan sokongan moral. Tanpa anda semua, jalan menjadi johan ini pasti sukar. Jazakallah. Allahuyubarik fikum.
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template