DD berjalan tunduk menuju ke pejabatnya. Dalam hati bercampur rasa. Rasa malas berjumpa orang, rasa malas bekerja, rasa Blue Monday dan rasa mahu cuti selamanya. Biar dia berjalan tunduk. Mudah, tak adalah orang perasan. Dan, tidaklah orang mengata dia sombong. Maklumlah, gosip-gosip office tak kurang panasnya. Sekali terkena pancaran, gerhana juga jiwa.
Sesekali dia mendongak juga memastikan arah tujuan. Dia terpandang kawan sekerjanya, KZ. Meskipun mereka kurang rapat, tapi mereka kenal antara satu sama lain.
Baik aku tunduk. bisik hati DD. Dia mempercepatkan langkah. Dalam tunduk, dia dapat merasakan yang dia sedang berselisih dengan KZ.
Tiba-tiba, tangannya ditarik. KZ berkata dengan senyum terukir, "Bukankah aku saudara kamu?"
Mata DD membulat terkejut. "Apa maksud hang KZ?" Dalam terkejut terkeluar loghat utara DD.
"Bukan, aku pelik, kau menunduk dan tidak memberi salam kepadaku. Bukankah aku saudara seIslam kamu?"
DD tersentak. Benar. Salam itu syiar Islam. Salam itu doa. Dia memandang KZ. "Assalamualaikum, KZ."
"Waalaikumussalam, DD. Jom sarapan sekali."
Salam sebagai wadah eratkan kasih-sayang
Di medan selera, mereka duduk semeja. Saling bertentangan. Di hadapan DD, set makanan breakfast barat: omelette, sosej, baked beans dan sandwich. Di hadapan KZ, terhidang nasi lemak dengan telur mata kerbau.
DD memulakan bicara, "KZ, terima kasih atas peringatan kau tadi. Salam itu memang penting. Kita sebagai umat Islam lupa. Selalu kita cakap Good Morning, Morning dan sebagainya apabila ketemu orang. Terima kasih. Terima kasih."
KZ menjawab, "Sama-sama. Aku setuju dengan hang. Kita kena ingat, sabda Rasulullah s.a.w:
Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman dan saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan satu amalan apabila dilakukan akan membuat kalian saling mencintai? Iaitu, sebarkanlah salam antara kalian."
DD menyampuk, "Ya, hadis riwayat Muslim itu. Semoga Allah mengganjari kamu atas peringatan kamu tadi."
KZ menyambung, "Semoga Allah mengganjari kamu jua. Salam itu juga salah satu daripada 6 hak sesama Muslim. Tahukan?"
DD mula buat muka lupa campur tak pernah dengar. "Apa ya Ustaz KZ?" Dia bertanya sambil tersengih.
Salam salah-satu hak sesama Muslim
KZ menjawab, "Ustaz apa. Kitakan pharmacist. Hehe. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hak Muslim ataas Muslim yang lainnya ada 6.
1) Ucapkanlah salam apabila kamu bertemu dengannya.
2) Jika dia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya.
3) Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah dia nasihat.
4) Jika dia bersin, dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) maka ucapkanlah (Yarhamukumullah)
5) Jika dia sakit, maka jenguklah dia
6) Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya."
DD terkesan dan menutur rendah. "Satu lagi hadis riwayat Muslim"
"Waa, aku macam tak percayalah. Kau ni macam lulusan dalam ilmu Hadis pula. Semua riwayat kau hafal." KZ mengusik.
"Mana ada, dulu masa sekolahkan kena hafal. Buat salah sikit, kena hafal hadis sebagai hukuman. By the way, Thanks atas peringatan."
"You are more than welcome. Apa guna Muslim kalau tak saling ingat-mengingatkan. Ok, dah masuk waktu kerja ni. Jom."
"Let's go and tuai pahala." ujar DD sambil tersenyum.

5 comments:
Awal intro ini mengingatkan pada salah satu hasil tulisan Hilal Asyraf...
Yap, salam ziarah..
@musafir kehidupanto musafir..tepat..saya mendapat ilham daripada karya Hilal Asyraf..dan saya melihat penyakit buat tak tahu kepada rakan sekerja terutamanya boss dan pekerja semakin menjadi-jadi apabila berselisih.
penyakit kedua ialah mengutamakan perkataan good morning berbanding perkataan assalamualaikum.
HILAL ASYRAF.. alumni Matri, Beseri Perlis. Sebuah sekolah agama yang dibina oleh seorang tokoh ( Al marhum Ustaz Dahlan ) yang sempat kutemui, cukup 'humble' tapi besar cita2, hingga boleh terbina MATRI, dan lahirlah anak2 MATRI yang punyai minda seperti Hilal Asyraf.
salam.
sy suka baca blog saudara
memandangkan sy jge student pmcy
sbnarnya sy risau ni.
mmndgkan sy bkn la student yang pndai sgt
jadi sy tak terlibat pn dgn aktiviti kokurikulum
di uni
jadual student pmacy sgt pdat sperti saudara sedia maklum tambhan pula sy bukanla bright sgt
penting sgt ke penglibatan dlm aktivit koku ni saudara untuk dptkn kerja nti?
sy ad 2 tahun lg ni
@Anonymouswaalaikumussalam anonymous..
pertama sekali saya meminta kita sensitif dengan nikmat yang ada pada diri kita, supaya lahir rasa syukur dalam diri. dengan syukur, kita yakin Allah bersama kita. Lantas, kerisauan itu menurun dan keyakinan itu meningkat.
Sebagai seorang pelajar farmasi, saya faham jadual yang penuh dengan aktiviti akademik. Sungguh. Namun, kerjaya seorang farmasis bukan hanya knowledge, tapi communication skill, working skill, leadership skill dan problem solving skill
Benda ni memang kena develop daripada awal lagi dengan penglibatan persatuan dan program-program. Saya harapkan, meskipun kita sibuk dengan pelajaran, jangan abaikan pemantapan soft skills2. sebab knowledge boleh kita dapat segera, skills perlukan latihan berterusan dan pengalaman.
Semoga berjaya
Post a Comment