31.1.09

Reaching for The Star

Reaching for the Star, kalau tak reach jadi tahi bintang OK jugak, mana tahu memberi kesan sepeti dalam filem Deep Impact
Assalamualaikum...akibat salah faham yang menebal, maka post blog sebelum ni lebih hangat daripada biasa. Usaikanlah, tuan badan dan tuan penulis masih berkawan, masih masak sama-sama, masih makan sama-sama, masih naik motor sama-sama. Yang peliknya, tak kata pun, tapi salah faham membuatkan ramai nak jadi batu-batu api. Kritik-kritik jugak, kita bukan membenci individu, tapi tindak tanduk. Tapi, insyaAllah ada orang yang akan counter balik blog tersebut, tunggu dan lihatlah. Apapun, terima kasih atas saranan dan pandangan. Kan seronok macam tu, kebebasan bersuara, kebebasan melontarkan apa yang bersarang kat jiwa. Terima kasih banyak-banyak.

Ya udah, hari ni berkesempatan bertandang ke KOS untuk mengikuti program motivasi 'Reaching for the Star' yang dianjurkan oleh IIUM Peers. Penceramah yang tidak asing lagi di kaca televisyen dan di konti-konti radio, iaitu Prof Izzi Haji Ali.

Antara intipatinya ialah sebagai mahasiswa, kita perlu jelas dengan perancangan 5,10,15 tahun akan datang. Kajian menunjukkan 3% mahasiswa yang jelas dengan matlamat hidup lebih mengecapi kejayaan berbanding 97% mahasiswa yang main aci redah saja. Hmm, mula berfikir nampaknya pembaca-pembaca sekalian. Tak rugi pun buat perancangan, yang untungnya kita juga.

Kekadang kita terlupa, kita sering disibukkan dengan perkara-perkara yang mubah (harus) dan tidak kurang juga yang lagho. Tak terfikirkah kita, dengan mendengar lagu-lagu yang lagho bakal menutup telinga kita. Lama-kelamaan nak dengar deringan jam bangun subuh pun tak kedengaran..syaitan sentiasa melahirkan rasa takpa dan membolehkan apa yang dilarang..begitulah alkisahnya.

Prof Izzi juga berkongsi tentang kekuatan rohani itu amat penting bagi melahirkan integriti(kejujuran), semangat, inspirasi, kebijaksanaan dan keberanian membuat keputusan. Selain itu, statistik menunjukkan purata pembacaan buku bagi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia masih rendah iaitu 12 buah selama 3 tahun. Sikitnya, tu pun, tak tau buku apa, mesti novel cinta masuk dalam senarai. huhu.

Baiklah, seronok dapat mengikuti program ni...


Continue Reading

20.1.09

Baitul Maqdis (bab 2)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...menandakan saya mendoakan rahmat Allah dicurahkan ke atas para pembaca sekalian. Rahmat Allah itu amat penting demi menjejak syurga Allah. Jangan tersungkut di pintu syurga sudah.

Senario Palestin sekarang memang menyayat hati. Kematian seorang rakyat Israel dibalas dengan lebih kurang 100 rakyat Palestin. Kejam! 13orang lawan 1300 lebih, bayangkanlah! Hospital pun dibakar. Tiada perikemanusiaan!


Terima kasih kerana membaca bab 1 Baitul Maqdis. Bab kedua menyingkap apa yang kita dapat pelajari daripada sejarah. Jika dilihat pada zaman Nabi Musa, Allah tidak mengizinkan Bani Israel menentang golongan Jabbarin di Palestin. Ini kerana, tentera yang akan mendapat Nasrullah, pastilah tentera yang beriman dan bertaqwa. Bani Israel angkuh dan tidak sami'na waato'na (kami dengar dan kami lihat) kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.

Lihatlah, pada zaman nabi Daud di bawah pimpinan Tholut, barulah tentera Muslimin berjaya membebaskan Baitul Maqdis. Itu pun daripada berpuluh ribu tentera hanya 6000 yang betul-betul beriman dengan suruhan Allah menentang tentera pimpinan si Jalut sasa. Zaman Salahuddin al-Ayyubi, tentera beliau wajib bangun qiyamullail mengerjakan solat Tahajjud.

Tentera Hamas sekarang jangan diuji iman mereka, mereka sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Sekarang kita renung bagaimana strategi yang dilakukan oleh Amru al-As. Beliau menawan wilayah-wilayah di sekitar Baitul Maqdis sebelum membuka bandar suci tersebut. Kini, negara di sekitar Gaza tidak bersatu malah ditawan secara politik dan ekonomi oleh negara polis dunia Amerika Syarikat. Mesir pun begitu tegar tidak mahu membuka sempadan untuk Semenanjung Gaza. Janganlah diharapkan ada pakatan tentera Islam ala NATO untuk mempertahankan nasib rakyat Palestin yang 6dekad merana dengan kekejaman rejim Zionis.

Jadi sebagai umat Islam yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, doalah, dermalah dan boikotlah! Walaupun kelazatan menjilat jari pun, banyak lagi yang menjilat jari. Berbaris alternatif yang ada. Belilah barangan buatan tempatan!

Continue Reading

19.1.09

Baitul Maqdis (bab 1)

Bismillahirrahmanirrahim.Mari panjatkan syukur Alhamdulillah kepada Allah kerna diberikan nikmat yang tidak terhitung,jika nak dibandingkan amalan ahli ibadah selama 500 tahun pun belum mampu nak mengalahkan nikmat sebelah mata yang dikurniakan Allah.Selawat dan salam buat Nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w pemberi syafaat yg mendoakan agar umatnya tak terlampau panjang umurnya, jika kaya tak terlampau kaya dan jika berbuat maksiat, tak teruk bala yang diturunkan.

Pembaca sekalian.Baitul Maqdis bukan nama asing lagi bagi kita.Kini, bumi Anbiya' tersebut diserang bertalu-talu mengakibatkan angka korban mencecah 1300org. Malah, Zionis la'natullah bersedia untuk melakukan serangan darat pada bila-bila masa. Ya Rabbana, Fanshurna a'la Qaumil Kafirin..

Mari kita singkap sejarah pembukaan Baitul Maqdis

Zaman Nabi Musa: Allah memerintahkan agar Nabi Musa & Bani Israel untuk memerangi golongan Jabbarin yang kuat dan ganas di Palestin. Namun, akibat kefasiqan Bani Israel, Nabi Musa memohon kepada Allah agar dipisahkan dirinya dari golongan ini. Maka, Allah wafatkan Nabi Musa dan Nabi Harun. Meraba-rabalah Bani Israel di padang pasir Sinai.


Zaman Tholut: Tholut merupakn seorang yang miskin tetapi mempunyai banyak ilmu. Dia memimpin Bani Israel menentang golongan Jabbarin diketuai Jalut. Daripada berpuluh ribu tentera Bani Israel, hanya 6000 tentera yang berjaya melepasi ujian Allah. Allah memerintahkan agar tentera tersebut untuk minum air sungai sebanyak 1 cedukan tapak tangan. Namun, hanya 6000 tentera yg beriman dgn arahan Allah ini. Yang lain tewas dgn rasa dahaga ditengah-tengah padang pasir yang luas. Peperangan berlangsung dan seorang pemuda bertubuh kecil menawarkan diri untuk menentang 1 on 1 dengan Jalut. Jalut bertubuh sasa, mempunyai ilmu kebal dan ilmu seni bela diri yang unggul. Namun, ini tidak menggentarkan pemuda tadi. Dengan seketul batu yang dilemparkn tepat ke dahi Jalut, Jalut meninggal dunia. Pemuda tersebut tak lain tak bukan ialah Nabi Daud alaihissalam.

Zaman Umar: 2 panglima tentera Umar r.a yang salah seorangnya ialah Amru al-Asr mengepung Baitul Maqdis selama 4 bulan pimpinan Patrick (kerajaan Rom) seorang ahli agama Kristian.Kawasan di sekitar Palestin sudah pun ditawan tentera Muslimin. Setelah 4 bulan, Patrick menyerah kalah tanpa pertumpahan darah pun berlaku. Kunci Baitul Maqdis diserahkan kepada Umar r.a.

Zaman Salahuddin al-Ayyubi: Berasal dari puak Kurdish. Mengenakan syarat yang ketat terhadap tenteranya. Mereka wajib solat tahajjud. Beliau akan memeriksa khemah-khemah tenteranya pada waktu malam.

p/s: Sejarah ni versi pendek sahaja..untuk memudahkan pembaca. Bab 2 akan merungkai intipati sejarah yang telah dinukilkan. Terima kasih kerana terkebil-kebil membaca=)




Continue Reading

14.1.09

Salam Pembuka Arena


Assalamualaikum pembuka arena buat blog sulung di blogspot ini. Setelah berkecimpung sekian lama dalam arena blog (deanalkis.blog.friendster.com), kini mengembangkan sayap terbang tinggi ke arena blogspot.

Blog ni bakal mengutarakan pendapat saya tentang dunia yang saya amati. Kutulis apa yang kulihat. Moga-moga menjadi wahana perkongsian ilmu tentang pelbagai aspek. Saya percaya dalam dunia yang serba mencabar ni, ilmu amat penting. Bukankah jika kita mahukan dunia maka kita perlukan ilmu, jika mahukan akhirat maka kita perlukan ilmu dan sudah pastilah jika mahukan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat kita memerlukan ilmu. Namun, perlu diingat ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Saya sedar saya masih pelajar dan sentiasa menjadi pelajar. Saya amat mendambakan komen-komen atau input-input baru daripada para pembaca yang budiman.

Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah-bagi buat rakan-rakan yang senantiasa setia bersengkang mata membaca blog sebelum ini. Teruskan setia melayari solaharith.blogspot.com!
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template