20.1.09

Baitul Maqdis (bab 2)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...menandakan saya mendoakan rahmat Allah dicurahkan ke atas para pembaca sekalian. Rahmat Allah itu amat penting demi menjejak syurga Allah. Jangan tersungkut di pintu syurga sudah.

Senario Palestin sekarang memang menyayat hati. Kematian seorang rakyat Israel dibalas dengan lebih kurang 100 rakyat Palestin. Kejam! 13orang lawan 1300 lebih, bayangkanlah! Hospital pun dibakar. Tiada perikemanusiaan!


Terima kasih kerana membaca bab 1 Baitul Maqdis. Bab kedua menyingkap apa yang kita dapat pelajari daripada sejarah. Jika dilihat pada zaman Nabi Musa, Allah tidak mengizinkan Bani Israel menentang golongan Jabbarin di Palestin. Ini kerana, tentera yang akan mendapat Nasrullah, pastilah tentera yang beriman dan bertaqwa. Bani Israel angkuh dan tidak sami'na waato'na (kami dengar dan kami lihat) kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.

Lihatlah, pada zaman nabi Daud di bawah pimpinan Tholut, barulah tentera Muslimin berjaya membebaskan Baitul Maqdis. Itu pun daripada berpuluh ribu tentera hanya 6000 yang betul-betul beriman dengan suruhan Allah menentang tentera pimpinan si Jalut sasa. Zaman Salahuddin al-Ayyubi, tentera beliau wajib bangun qiyamullail mengerjakan solat Tahajjud.

Tentera Hamas sekarang jangan diuji iman mereka, mereka sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Sekarang kita renung bagaimana strategi yang dilakukan oleh Amru al-As. Beliau menawan wilayah-wilayah di sekitar Baitul Maqdis sebelum membuka bandar suci tersebut. Kini, negara di sekitar Gaza tidak bersatu malah ditawan secara politik dan ekonomi oleh negara polis dunia Amerika Syarikat. Mesir pun begitu tegar tidak mahu membuka sempadan untuk Semenanjung Gaza. Janganlah diharapkan ada pakatan tentera Islam ala NATO untuk mempertahankan nasib rakyat Palestin yang 6dekad merana dengan kekejaman rejim Zionis.

Jadi sebagai umat Islam yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, doalah, dermalah dan boikotlah! Walaupun kelazatan menjilat jari pun, banyak lagi yang menjilat jari. Berbaris alternatif yang ada. Belilah barangan buatan tempatan!

1 comments:

ibnuhasan on January 24, 2009 at 4:27 PM said... [Reply to comment]

Laknat Allah untuk tentera Israel.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template