23.4.11

Dari IKEA ke PWTC (Pesta Buku 2011)

Imaen
Bersama penulis Imaen

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKLI) kini tiba. Saban tahun, saya tidak terkecuali untuk menunggu kehadiran pesta di PWTC yang memang gempak ini. Membeli dengan harga diskaun hebat, berjumpa dengan penulis-penulis, mengoyakkan plastik yang membalut naskhah, merasakan rasa segar helaian buku merupakan pengalaman yang memang mengujakan.

Saya memetik kata-kata G.K. Chesterton seorang sasterawan Inggeris
"There is a great deal of difference between an eager man who wants to read a book and a tired man who wants a book to read."

Wajah-wajah kempunan Meatballz

Perjalanan bermula dengan sarapan pagi di IKEA bersama Mr. H. Mr. H datang dari utagha nun punya nak makan meatball, tapi akhirnya, kempunan, meatball hanya dihidangkan tatkala waktu makan tengahari. Secara spesifiknya 1130am. Habis makan pun 1130am. Mr. H tak pula buat cadangan tapau.

Setelah itu, saya dan Mr. H menuju ke PWTC. Setelah hampir 5 jam membeli belah, inilah hasilnya:


1) A Doctor In The House (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
2) Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM25,000 (Faisal Mohd Zabidy)
3) Tip-tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia (K C Lau)
4) Matahari (Hilal Asyraf)
5) Batu-bata Kehidupan (Hilal Asyraf)
6) Takdir (Hilal Asyraf)
7) Hero (Hilal Asyraf)
8) 101 Rekreasi Hati (Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi)
9) Triple Your Reading Speed (Wade E. Cutler)
10) Contengan Jalanan (Hlovate)
11) Blues Retro (Imaen)
12) Beduk Diketuk (Pahrol Mohd Juoi)
13) Fanzuru (Hilal Asyraf)

p/s: Harap-harap sempat dibaca sebelum Ogos =)
Klik pada gambar untuk membesar
Continue Reading

19.4.11

Temuduga Skim Latihan Akademik Bumiputera

Pinky dan Tuannya yang tenang tapi Tuhan saja tahu

Hari ini, daku bertandang ke UIAM. Meluncur dengan 'Pinky', membelah NKVE dan DUKE, jejak kaki berbekas jua di tanah-tanah universiti di Gombak itu. Tujuannya tidak berbelah bagi lagi, berjuang untuk mendapatkan biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Berjuang untuk derap kaki di bumi Copenhagen. Bumi yang mana Niel Bohr mengemukakan teori fizik quantum. Negara yang mana penduduknya kedua tergembira di dunia.

Last minute study. (Jangan tiru aksi ini)

Akhirnya, temuduga bermula. Kukuakkan pintu bilik. Dalam hati seribu rasa. Dalam jiwa berbuku azam waja.

Prof T: Assalamualaikum, Bro S ya.

S: Waalaikumussalam. (Kupandang-pandang setiap muka penemuduga. Di tengah Prof T, bersemayam. Di kiri di kanan dia diapit 5 penemuduga yang bukan orang asing di dunia universiti Islam ini.)

Prof T: Where are you come from?

S: (Sedikit blank, hometown? tempat tinggal sekarang? graduate dari mana?) Kuala Lumpur, urm Selangor.

Prof T: So, u akan buat master. Di mana?

S: (Selamber je cakap bahasa Melayu ni. Baik aku cakap bahasa Inggeris, karang berpantun pulak) Master in University of Copenhagen, Denmark.

Prof T: Kobenhaven. What do you know about Denmark? Tak takut ke orang letak bom kat atas kepala u ke? (Wow, memang Prof ni hebat. Sebutan Copenhagen dalam bahasa Danish pun dia tahu. Bom? Mesti isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w)

S: Copenhagen is the capital city of Denmark. The population is 5.5 millions. Malaysians are more than that. I know Peter Gade Christensen. The rival of Chong Wei.

Prof T: You know Niel Bohr?

S: (Macam pernah kudengar tapi di mana ya?) dot dot dot

Prof T: Macammana ni orang Sains tak tahu Niel Bohr. He is a Danish scientist who found atom.

S: Ooo, Niel Bohr. I know him. (Otak recall gambar atom bersama dengan nama Niel Bohr. Orang Danish rupanya. Kuang-kuang)

Prof T: So, what do you want to do in 10 years time. Your PhD?

S: My passion is in drug delivery especially in macromolecules medications such as proteins and enzyme. This is a new area that will be booming. Recently, about one third of drugs in clinical trials is protein. My interest is also in Neuropharmacology.

Sr N: (Sr. N ni yang akan ke MOHE untuk defend aku untuk dapat biasiswa atau tidak.) Yuran pengajian 108000 Krone bersamaan RM62,000. Kena bayar sebelum 15 Mei. Saya kena contact awak lagi nak ambil justifikasi.

Prof T: Ha, Bro. S. You ada kenal mana-mana post grad kita di Denmark? Diorang scholarship apa?

S: Ada. JPA. (Jawapan ringkas tak melalut) Justifikasi, saya sudah tulis di dalam borang permohonan.

Prof T: That should be no problem. Ok, Bro. S. I will defend you with my best ability for your scholarship to be approved. If not, I will inform you. No need to rush. Are you going with family?

S: Thank you, Prof. No. I am single.

Sr. W: Ada pilihan lain selain Denmark.

S: My second choice is in Switzerland. And, if I cannot, I should consider to do my research in UKM in micromolecules.

Sr. W: Ok. You have to be ready this May for BTN in case we get the approval from MOHE this 27th April.

Prof T: Ok, thank you Bro. S.

S: Welcome. Thank you Prof and all.

Alhamdulillah 10 minit interview sudah pun selesai. Segalanya terserah kepada takdir Allah s.w.t.. Jawapannya, pasti setelah saya pulang dari Danau Toba nanti.

Saya teringat satu kata-kata: In life you won't win in every moment, but if you fail, you have to fail smart. =) .

Berusaha hingga ke akhirnya. Natijah Allah tentukan. Terima kasih atas doa kalian. Mabruk ala kulli hal. Terima kasih membaca.
Continue Reading

17.4.11

Bertapa Bersama Pakar

(Prof Madya Norliya memenangi 2 Gold Medal)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada saya. Semenjak zaman sekolah, kebanyakan tadbir saya selari dengan takdir. Saya mahu bersekolah di sekolah premier di Malaysia saya dapat. Hendak menjalani kursus persediaan ke luar negara dalam bidang perubatan saya dapat. Dan berbagai-bagai lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kali ini, saya bersyukur kerana saya sudah menghadiri kursus Research Methodology bersama Prof. Madya Norliya. Ini bermakna, hanya Kursus Biro Tatanegara sahaja yang belum saya hadiri sebelum terbang membelah langit, InsyaAllah.

Sepanjang perguruan dengan beliau, saya mendapat banyak pesanan dan ilmu-ilmu berguna untuk menjadi seorang pensyarah yang baik kelak. Antara butir-butir mutiaranya:

"Kisah rendam air mata di kalangan pelajar PhD ni bukan benda asing"

"Failure to plan, is planning to fail"

"As a researcher, you have to have 3P: Persistence, Perseverence and Patience"

"To know the road ahead ask those coming back" (Talk to people who have experienced it.

"Keeping a research diary"

"Stay focus, avoid problems"

"Lecturers without researchs are like women without jeweleries"

Mutiara-mutiara kata ini, akan saya jadikan azimat untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Saya percaya, yang pipih takkan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek.

Kepada rakan-rakan yang setia membaca blog ini, saya memohon setangkai doa kalian supaya saya berjaya mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Selasa ini. Moga-moga Allah memberkati kamu semua.

Hingga bertemu lagi. Sekian =)
Continue Reading

14.4.11

Farvel PPUM Velkommen København


Farvel PPUM Velkommen København bermaksud, selamat tinggal PPUM, selamat datang Copenhagen. Hari ni dengan perasaan sedikit berat hati untuk meninggalkan profesion seorang pegawai farmasi saya menghantar notis perletakan jawatan berkuatkuasa 3 bulan daripada sekarang.

Sepanjang kehidupan di hospital, saya percaya ada pro n cons. Pro nya, seronok bertemu dengan pesakit dan dapat memberikan input-input yang berguna kepada mereka. Contohnya, beza Enoxaparin (Clexane) dan Fondaparinux (Arixtra). Jika mereka Muslim, tanggungjawab saya untuk memperingatkan mereka sumber ubat cair darah tersebut. Clexane diperbuat daripada sumber khinzir. Malah, Clexane 0.6mL itu harganya lebih mahal daripada Arixtra 2.5mL. Satu suntikan Clexane berharga RM27.80 manakala satu suntikan Arixtra ialah RM26.80.

Begitu juga, saya seronok dapat belajar banyak benda baru. Saya belajar karenah manusia. Ada yang bekerja saja, seperti tiada kehidupan lain. Kerja, kerja dan kerja. Ada yang diluar waktu kerja, mereka merupakan manusia yang harmoni. Beriadah, berpersatuan, sering menziarahi rumah Allah dan rajin berkuliah. Keseimbangan hidup. Saya mencemburui mereka. Dan dalam cemburu, saya amat mahu mencontohi mereka.

Awal-awal dulu, saya merasakan profesion farmasi ini mudah. Gaji besar, kerja rileks. Sangkaan saya meleset. Sebagai last station dalam hospital, farmasi harus memastikan ubat-ubatan itu selamat untuk digunakan oleh pesakit. Jadi, istilah, to err is human sudah tidak boleh digunapakai. To err will make patient die. Pernah suntikan ubat kanser melebihi dos, pesakit mati semasa sedang menjalani rawatan.

Yang Cons nya, saya berperang untuk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang baik. Terkadang melewatkan sembahyang, kurang berzikir, kurang membaca al-Quran, kurang menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Pendek cerita, saya tidak mahu menjadi mesin yang bekerja. Saya mahu hidup yang lebih fleksibel dan berkualiti.

Apa pun, segalanya ada hikmah daripada Allah s.w.t. Apa pun profesion kita, kita merupakan khalifah yang akan memakmurkan bumi Allah ini, bukan membuat kerosakan. Jika semua orang nak jadi Doktor, siapa nak jadi Jurutera, semuanya ada perancangan Allah. Moga-moga dalam kesibukan kita menjadi khalifah Allah, kita tidak lupa peranan kita sebagai Hamba Allah.

p/s: Doakan yang terbaik untuk saya. Moga Islam masih tertegak dalam diri di perantauan kelak. InsyaAllah boleh.
Continue Reading

13.4.11

Gadget Baru Dunia Baru



Sudah lama saya tidak mencoret di dalam blog. Mencoret saja-saja. Mencoret sebagai sejarah. Biar tak luput dek zaman. Biar segar tertulis di alam maya.

Alhamdulillah, pada hari Ahad (10 April) yang lepas, saya dikurniakan 2 teman baru dalam hidup. Bak kata pujangga berdua lebih baik. Tapi ini bukan sekadar berdua, malah bertiga!

Saya seronok sekali membeli belah di Plaza Low Yat tempoh hari. Teruja dengan promosi daripada Acer untuk men'trade-in' laptop, saya gagahkan diri mengusung laptop lama saya yang semakin tenat. Maklumlah sudah 5 tahun, tapi masih relevan dan superb. Saya menukar laptop tersebut supaya saya lebih bersedia untuk tugasan seorang pelajar sarjana kelak. (Budget dapat sambung belajar, tak dapat malu teman.)

Akhirnya, dapat juga laptop 15-inci yang baru. Ya. Acer Aspire 5750G. Dengan segala spesifikasi yang tip-top, saya tak dapat menolak untuk membelinya kerana harganya yang murah jika nak dibandingkan dengan harga pesaing di pasaran. (Mula-mula ada hati nak beli MacBook Pro, bila congak-congak, bankrup teman nanti)

Apa pulak teman ke-2 saya? Tak lain dan tak bukan ialah kamera. Bukan DSLR. Saya tak suka membawa barang-barang besar untuk berjalan-jalan. Pilihan saya ialah kamera digital baru dari Canon, IXUS 220HS. Ini pun merupakan persediaan untuk travelog ke bumi Medan, Danau Toba hujung bulan ini. InsyaAllah saya akan laporkan lawatan saya. (Kata dah ada 2 teman baru).

Harapnya, dengan kehadiran 2 gadjet baru ini, saya akan lebih bersemangat untuk mengejar impian saya sebagai seorang pensyarah dan penyelidik kelak. Dan, teman-teman ini juga penting untuk mewarnai dunia saya di bumi orang nanti.

p/s: Doakan kejayaan saya untuk temuduga dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada minggu hadapan. Berjaya beerti terbang ke bumi orang. =) Ameen. Allah jualah yang merencanakan hidup kita, tugas kita sebagai manusia ialah terus berusaha.



Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template