23.4.11

Dari IKEA ke PWTC (Pesta Buku 2011)

Imaen
Bersama penulis Imaen

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKLI) kini tiba. Saban tahun, saya tidak terkecuali untuk menunggu kehadiran pesta di PWTC yang memang gempak ini. Membeli dengan harga diskaun hebat, berjumpa dengan penulis-penulis, mengoyakkan plastik yang membalut naskhah, merasakan rasa segar helaian buku merupakan pengalaman yang memang mengujakan.

Saya memetik kata-kata G.K. Chesterton seorang sasterawan Inggeris
"There is a great deal of difference between an eager man who wants to read a book and a tired man who wants a book to read."

Wajah-wajah kempunan Meatballz

Perjalanan bermula dengan sarapan pagi di IKEA bersama Mr. H. Mr. H datang dari utagha nun punya nak makan meatball, tapi akhirnya, kempunan, meatball hanya dihidangkan tatkala waktu makan tengahari. Secara spesifiknya 1130am. Habis makan pun 1130am. Mr. H tak pula buat cadangan tapau.

Setelah itu, saya dan Mr. H menuju ke PWTC. Setelah hampir 5 jam membeli belah, inilah hasilnya:


1) A Doctor In The House (Tun Dr. Mahathir Mohamad)
2) Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM25,000 (Faisal Mohd Zabidy)
3) Tip-tip Kewangan Untuk Rakyat Malaysia (K C Lau)
4) Matahari (Hilal Asyraf)
5) Batu-bata Kehidupan (Hilal Asyraf)
6) Takdir (Hilal Asyraf)
7) Hero (Hilal Asyraf)
8) 101 Rekreasi Hati (Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi)
9) Triple Your Reading Speed (Wade E. Cutler)
10) Contengan Jalanan (Hlovate)
11) Blues Retro (Imaen)
12) Beduk Diketuk (Pahrol Mohd Juoi)
13) Fanzuru (Hilal Asyraf)

p/s: Harap-harap sempat dibaca sebelum Ogos =)
Klik pada gambar untuk membesar

14 comments:

HaDi on April 23, 2011 at 11:34 PM said... [Reply to comment]

Salam Solah...

Terbaik..
Thanks for the treat...
Very wonderful day,.,hehe

Salahuddin Harith on April 24, 2011 at 7:09 AM said... [Reply to comment]

@HaDiwaalaikumussalam..sama-sama..entah bila boleh ketemu lagi..

wirdiana on April 24, 2011 at 10:31 AM said... [Reply to comment]

Salam..

g pwtc 1st day jugak ke?
mcm byk buku sama je kita beli.. =)

NooR AzLen BinTi HaRoN on April 24, 2011 at 3:02 PM said... [Reply to comment]

assalamualaikum

tumpang tnya,berapa harga naskhah "A Doctor in The House d PBKL??

to Mr H..
makan pesembuq ja kat perlis nnt.

Salahuddin Harith on April 24, 2011 at 5:44 PM said... [Reply to comment]

@wirdianawaalaikumussalam..

pergi 2nd day dengan mr H...

5 buah buku daripada Hilal, kawan dan guru saya

waalaikumussalam Noor Azlen
Buku Tun RM90..terlepas sesi tandatangan 11-12 semalam...

NooR AzLen BinTi HaRoN on April 25, 2011 at 12:50 PM said... [Reply to comment]

assalamualaikum

owh..10% diskaun ye..

kira bruntung juga En.Harith dh memiliki buku trsebut wpun terlepas sesi tndatgn.insyaallah next time blh dptkn tndatgn TUN.

saya blm brkesempatan utk beli buku trsebut.

SELAMAT MENGKHATAM & MENGHADAM NASKHAH trsebut.

Salahuddin Harith on April 25, 2011 at 5:49 PM said... [Reply to comment]

@NooR AzLen BinTi HaRoNwaalaikumussalam..

ya 10% daripada MPH publications...

Panggil saya solah..harith nama ayah..

NooR AzLen BinTi HaRoN on April 25, 2011 at 8:48 PM said... [Reply to comment]

assalamualaikum

subhanallah..minta maaf byk2 En.Solah.

maaf,sya ingin brtanya satu soalan..sy prnh mmbaca post En.Solah sblm ini..dlm post trsebut En.Solah ade mngatakn bhwa ubat cair darah mgandungi sumber khinzir.

sy agak trkejut juga..bru mgetahui.adakah smua ubat cair darah mgndungi sumber khinzir??

Salahuddin Harith on April 26, 2011 at 7:03 AM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam

tak mengapa...

tidak semua ubat cair darah mengandungi sumber khinzir..malah banyak sudah produk yang memasuki malaysia diperbuat daripada gelatin daripada lembu (bovine)...namun, ubat cair darah enoxaparin (Clexane) ialah ubat cair darah yang tersohor menggunakan sumber khinzir..

alternatifnya ialah Fondaparinux (Arixtra), namun, ubat ini hanya sesuai kepada mereka yang tiada masalah buah pinggang. Bukan untuk pesakit yang berada pada tahap 4 dan 5 penyakit buah pinggang...

NooR AzLen BinTi HaRoN on April 26, 2011 at 9:16 AM said... [Reply to comment]

assalamualaikum

syukran jazilan En.Solah..info yg brmanfaat.
Alhamdulillah bila trdapat alternatif lain

cuma bila di hospital..agak2nya boleh ke pesakit request utk diberikan ubat cair darah yg tidak brsumberkan khinzir trsebut..

Salahuddin Harith on April 26, 2011 at 5:56 PM said... [Reply to comment]

@NooR AzLen BinTi HaRoNwaalaikumussalam..sebenarnya doktor dan farmasis memang tahu perihal ini..jika terlepas pandang, mungkin boleh berbincang dengan doktor..

sebagai farmasis muslim, tugas saya dan rakan-rakan lain mengingatkan dan memberi cadangan kepada doktor.

NooR AzLen BinTi HaRoN on April 27, 2011 at 3:19 PM said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
NooR AzLen BinTi HaRoN on April 27, 2011 at 3:27 PM said... [Reply to comment]

assalamualaikum

syukran En.Solah

Bru smlam brtanya ttg ubat cair darah yg diberikan Dr kpd abah saya.

Alhamdulillah..Dr tersebut ada menerangkn prkara ini kpd abah saya.Dr mberikan pilihan kpd abah saya.Alhamdulillah.

Salahuddin Harith on May 1, 2011 at 8:20 PM said... [Reply to comment]

@NooR AzLen BinTi HaRoNwaalaikumussalam

afwan...alhamdulillah..moga Allah redha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template